Aku nampak jelas teman fbku Salmiah Ismail bimbang remaja yang membesar di kota tidak akan dewasa “jadi orang berguna” lantaran rapuh jiwanya, tidak berdaya menahan “Derasnya arus menerpa”. Dipersoalkannya kesan rempuhan budaya yang “sumbang”, “muzik angkuh” ke atas orang-orang muda. Beliau berharap remaja di kota “Berdiri taqwa” kerana itulah satu-satunya penyelamat atau jalan keluar. (Kalau mahu, bacalah sebentar “Anak Kota”, Dewan Siswa, Jilid 1, Julai 1979, muka surat 39).
ASKAT: Puisi dipamer sekadar menrapatkan pertemanan maya. Pun begitu, para teman yang remaja sentiasakanlah berwaspada sama ada sedang berada di kota atau di desa.
Tuesday, 22 October 2013
Ahmad Sarju, “Bunga Waktu”
Aku membaca sajak “Tun Perak”, dalam antologi Ahmad Sarju, “Bunga Waktu”, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, cetakan pertama, muka surat 21-22. Apa yang ditekankan beliau ialah kesukaran era kini mencari seorang pemimpin sebijaksana negarawan silam yang kekal mengilhami. Banyaklah kalimat disulam penyajak, tetapi aku suka memetik, “kausarungkan keris di tangan/lantas kauhunus kecerdikan/kerana ia lebih bisa dan tajam”. Tanpa berhajat menatap mendalam, mari beranjak ke hujung sajak menghayati akhiran teman fbku ini, “…di saat-saatnya bicaramu menjadi pedang/yang paling tajam/untuk menegakkan erti keadilan.”
ASKAT: Tun Perak bukan pemimpin biasa. Beliau seorang negarawan terbilang. Sejarah Melayu telah merakamkan ketersohoran tanpa syak curiga bersarang. Melalui kuasa di tangan, tindakannya berdasarkan minda yang menjana penyelesaian sempurna. Negara mantap dan dihormati. Sokongan rakyat tidak berbelah bahagi. Benarlah, ketiadaan beliau seakan tiada setara ganti.
Sebagai hiasan kupamerkan komik “Tun Perak “ karya Othman Haji Zainuddin, Dewan Siswa, April 1982.

Ami Masra “Surat Dari Ayahanda”
Sesuai dengan kelompok sasarnya, teman fbku Ami Masra, melalui “Surat Dari Ayahanda”, Dewan Siswa, November 1981, berharap “anakanda” “mendakilah gunung itu” dan “kembali jua ke desamu/dengan segulung ijazah”, dan “…akan menjadi kebal/dengan seribu masalah.”
ASKAT: Peranan ibu bapa sangatlah penting bukan sahaja ketika tinggal bersama-sama dalam sebuah keluarga bahkan tidak terlepas tanggungjawab mereka sampailah anak-anak mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran di menara pengetahuan dan boleh berdikari menyara diri dan seterusnya kepada keluarga, masyarakat dan negara. Ada harapan murni, ada doa suci, dan ada rintangan dalam perjalanan menabur bakti. Penghidupan menjadi sangat bererti dengan persediaan rapi dan kerelaan berkorban tanpa bertepi.

Zurinah Hassan, “Demang Lebar Daun”
Barangkali tidak sangat tersilap mengambil Tun Perak tokoh pertama disentuh dari kembara pembacaan puisi maya (paparan sebelum ini). Pada hematku, tumpuan terhadap tokoh-tokoh seharusnya berterusan dan hari ini kupilih sajak teman fbku Zurinah Hassan, “Demang Lebar Daun”, dalam “Salasilah”, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, muka surat 16, selaku wadah bicara tokoh kedua. Lantaran ruang, inilah yang cantik dipetik, iaitu kata-kata Jebat kepada Tuah, ”Demang Lebar Daun menjadikan kita hamba/yang sentiasa menundukkan kepala/ dan menyembunyikan suara”. Dan serangkap lagi, “Tiada siapakah yang ingin menyoal/dari mana Demang mendapat mandat/untuk menurunkan tandatangan/bagi pihak semua rakyat.”
ASKAT: Nasib baik sekarang, ramai orang berpelajaran. Lalu kita bacalah bermacam-macam kajian. Bagi yang berfikiran panjang, tentulah mereka kagum dengan Ali Aziz (Hang Jebat Menderhaka), Kassim Ahmad “dengan seribu Jebat si anak tani”) dan berekoranlah kemudiannya yang lain-lain. Peminat Munsyi Abdullah pun tentu kagum membaca pemerian beliau terhadap kemaharajalelaan yang berlaku di negeri-negeri Melayu yang dilawati beliau pada 1837 (1838?). Yang penting hari ini ialah seperti dilaungkan oleh Jebat, mengikut adunan puisi yang dibicarakan ini. Dan tema sebegini sewajarnya tidak terhenti. Itulah sebab perintian sejarah menyumbang bakti kerana keringkasan kalimat dan rangkapannya sangat bererti, tidak menyerabutkan minda namun sekali gus menyerlahkan intipati lembaran-lembaran lama, yang sebenarnya sakti.

Gasing
Jarang sekali terjumpa gambar sesempurna begini (Dewan Pelajar, September 1988, muka surat 22). Kuambil untuk mengenang kembali pengalaman menonton perlawanan gasing di kampung (?), Ulu Seladang, Setiu pada tahun (besar kemungkinan) 1963 (50 tahun dahulu). Aku yang bercuti sekolah di rumah mak saudara di Banggol, Setiu mengikuti pasukan gasing kampung itu ke ‘tempat lawan’, berjalan kaki. Jarak perjalanan mengikut pertimbangan sekarang sangat tidak munasabah (boleh jadi lebih kurang 9-10 KM x 2), sama ada untuk orang dewasa apalagi budak-budak, tetapi “the long march” itu berlaku. Itulah kali pertama aku melihat perlawanan gasing secara langsung dan ‘profesional’ oleh orang-orang kampung berkenaan. Memikir-mikirkan kemudian, dengan kewarasan kini, betapa tidak masuk akal perjalanan itu sampai di ‘tujuan’. Tidak anehlah, peristiwa ini menjadi salah satu mercu ingatan yang kekal, tidak padam-padam.
Rahimidin Zahari "Merenung Kehidupan Ini"
Kurang pasti aku, sajak ini karya teman fbku Rahimidin Zahari yang keberapa? Sajak pendek "Merenung Kehidupan Ini", Dewan Pelajar, Ogos 1986, muka surat 33, cantik; dari segi tema dan alunan sanjaknya. Mudahnya, kehidupan diibaratkan “gasing”, “rebana”, “silat” dan “lelayang”. Demikian itu yang disebut nyata. Tetapi bila dirumuskan, pemikiran dan penelitian terhadap kehidupan bukan terhad kepada yang tersenarai itu, bahkan “adalah seribu retak [sic] seni”. Ini bermakna dengan sendirinya, kehidupan tidaklah lurus jalannya, sebaliknya bersimpang siur. Sepanjang pengembaraan menakah usia ada persediaan yang perlu dilakukan, ada ilmu wajar dibekalkan, ada ranjau wajar dilangkahi, ada pengharapan seharusnya ditentukan dan “seribu” permasalahan lagi.
ASKAT: Cuitan ini sekadar merakam satu penemuan potensi awal seorang karyawan pada lembaran kegemaran para siswa. Tetapi di mana pun medannya, kemampuan sebenar tidak tersembunyi. Aku percaya pada usia yang sangat remaja, sajak ini mengandungi bukti pemerhatian rapi penciptanya. Demikianlah, apabila siswa ini berterusan berkreatif, tidaklah kita terkejut beliau timbul dan dikenali seperti kini.

Rahimidin Zahari “Anak Laut”
Sekali lagi bertemu alunan sendu teman fbku, Rahimidin Zahari lewat “Anak Laut”, Dewan Siswa, Februari 1987, muka surat 35. Tak perlu diberitahu apa kata penyair muda ini, kerana apabila berkaitan laut dan nelayan, jelas sekali ceritanya begitu; tentang rezeki yang sentiasa tidak mencukupi, tentang penderitaan yang berterusan, sampai berketurunan, berulang-ulang, tanpa penyelesaian. Demikian gambaran dunia nelayan tanpa pun membaca sebarang pemerian. Pun begitu, sajak ini, merangsangkan. Lubuk kenanganku terbuak-buak meredah (aku lebih suka, meradak) dada, apalagi bila kata-kata “segar angin laut”, “… sedikit rezeki”, “…simpati”, “… terdampar…”, “urat jalur-jalur tua” menjelma dalam puisi menawan ini. Kerana pendeknya, teman-teman yang lain mudah tatapi sendiri. Bacalah juga, ulasan Ahmad Kamal Abdullah yang kupetik juga (muka surat yang sama, 35).
ASKAT: Cerita-cerita tentang laut sering berdering dengan laungan nyaring orang yang uzur terbaring tanpa kecukupan masing-masing. Begitulah keadaannya kerana mereka adalah awak-awak, menumpang orang, menagih belas ehsan, saudara mara atau jiran-jiran, (boleh juga masukkan tauke bergudang), yang memang berkesimpatian, dalam had-had kewajaran dan kemampuan. Di kampung, tidak semua orang mampu membeli sampan. Yang sedikit ‘berada’ boleh menjawat juragan atau jika ada kemahiran, naik pangkat menjadi juruselam. Mengail berkolek tidak pernah mengatasi kemiskinan. Dalam sekampung tidak ramai sederhana pendapatan, terlalu jarang-jarang, sebaliknya hampir semuanya “kais pagi makan petang”. Nelayan yang tidak sama kedudukan sesama mereka ini, masih boleh meneruskan penghidupan, berkawan dan berkahwin lalu membina keluarga sendiri, dengan tetap bergantung kepada laut yang tidak pernah berjanji memberi rezeki sehasrat hati. Aku hanya nampak, melalui pelajaran, anak laut boleh merobah kedudukan. Dunia remajaku demikian. Dan akulah “anak laut” yang ‘terbuang’ dan menikmati kejayaan. Laut sekarang suatu pengalaman untuk dikenang-kenang berseorangan. Bukan untuk diwariskan.

Subscribe to:
Posts (Atom)