Sunday, 17 January 2021

 “Revolusi Mental”

Sepanjang tahun 1971, majalah Utusan Kiblat mengiklankan buku “Revolusi Mental”.
Image may contain: 3 people
Zulkifli Salleh, M Jusoff Taib and 14 others
10 comments
2 shares
Like
Comment
Share

Comments

  • Hasil usaha Dato Senu Abdul Rahman dan lain lain.
    1
    • Like
    • Reply
    • 3 y
  • Mohd Dahri Zakaria
     Kita ada sebuah versi hardcover di atas.Namun Utusan Publications ada menerbitkannya kembali
    • Like
    • Reply
    • 3 y
  • “Bangsa kita telah terkenal dan memang diakui kini berada dalam serba kekurangan dan kelemahan di dalam segala segi, lebih-lebih lagi di dalam segi perekonomian dan pelajaran walaupun setelah lahir kemerdekaan kita, usaha ke arah kemajuan dan memulihkan kemelaratan bangsa Melayu telah diusahakan oleh kerajaan, namun demikian kemajuan dan kemakmuran dalam erti kata yang sebenarnya belum juga kita dapati.
    “... ... Dalil yang terang kita dapati beberapa banyak pelajar-pelajar miskin terkandas dalam pelajarannya, mati cita-citanya. Beberapa banyak kedai-kedai perusahaan bangsa kita sendiri lengang dari pembelinya, yang mana berakhir tutup dan bankrap, bukan sedikit pula pengemis-pengemis mengisut letih kelaparan dan meminta sedekah sesuap nasi, seteguk air, dibiar diperhina oleh masyarakat, dan beberapa banyak pula anak-anak yatim yang kerdil tidak mendapat pertolongan dari orang-orang yang berkewajipan, si kaya bermegah dengan kekayaannya, si pembesar-pembesar pula ria dengan pangkat kebesarannya, si miskin jua tinggal dalam kesedihan sering berharap dengan bantuan. Namun demikian harapan hampa menunggu dari semasa ke semasa laksana pungguk merindukan bulan.” (Lihat, Muhammad Abu Al-Shukri, “Dua Tahun Setelah Kita Merdeka”, (Kupasan dan Pandangan), Pengasuh, Bilangan 320, Oktober 1959, muka surat 7-8.
    • Like
    • Reply
    • 3 y
  • “Sayugia jangan kamu terima perkataan setengah daripada kaum kita yang jahil yang mengatakan hati Melayu itu terlebih busuk daripada hati bangsa lain. Bahawa sungguhnya kejadian manusia itu ialah sama seluruh dunia ini dan terkandung di dalamnya akal dan hawa nafsu yang tiada berlebih-kurang baik jahatnya. Maka perbezaan di antara kita Melayu ini dengan orang-orang sebelah barat seperti Inggeris, Perancis, dan lain-lain bangsa yang duduk pada saf hadapan di dalam medan siyasah, pertukangan, perniagaan, dan sebagainya itu ialah terbitnya daripada ketiadaan pelajaran di antara kita. Maka penyakit kita yang kita Melayu telah menghidap beberapa lama dari zaman datuk nenek sampai ke zaman kita ini ialah ketiadaan pelajaran. Dan di dalam alam ini itulah penyakit yang terlebih besar dan membawa kepada kita beribu-ribu mudarat. Maka otak kita manusia ini hendaklah diasah lebih kurang ibaratnya sama jua seperti sebilah pisau dan batu pengasahnya ialah pelajaran.” (Pengasuh, 20 Oktober 1918 seperti dipetik dalam Abdullah Zaidi Hassan, “Kelantan sebagai Pbdhr Ilmu Perladungan Kepandaian: Tinjauan Awal Berdasarkan Kandungan Majalah Pengasuh 1918—1923” dalam, A. Aziz Deraman (penyusun), “Peradaban Melayu Timur Laut Memperkasakan Warisan Persuratan Melayu”, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010, cetakan pertama, muka surat 149-150 (145-182).
    1
    • Like
    • Reply
    • 3 y
  • Kalau dibaca rencana pengarang “Penyedar”, Tahun 1, Bilangan 1, 15 Jun 1946, yang diterbitkan di Kota Bharu, Kelantan, berjudul “Kesedaran Semangat Pengorbanan” terdapat seruan, “Apa yang telah kami sajikan di dalam keluaran kali ini kepada sidang pembaca yang budiman maka adalah diharap bahawa menjadi sambutan dan penerimaan yang diiringi dengan penuh sokongan daripada tuan-tuan sekalian.
    “Penyedar”bagi langkahnya yang pertama sudah barang tentu dapat peluang menzahirkan cita-citanya yang suci murni, iaitu cita-cita hendak menanam perasaan kesedaran dan bangkitan semangat pengorbanan mencintai tanah air dan bangsa. Langkah yang kedua, melembagakan rupa kesedaran: kesedaran politik, kesedaran soal penghidupan, kesedaran ilmu pengetahuan dan kesedaran hal ehwal pergaulan dan pergerakan umum. Keempat-empat kesedaran ini adalah menjadi suatu soal yang amat penting sekali di dalam tawarikh kemajuan bangsa-bangsa di dunia. Dunia maju dan meriak kepada tingkat ketinggian hari ini ialah dengan adanya kesedaran yang tersebut di kalangan bangsa-bangsa.”
    (Lihat, lihat, Abdul Rahman Al-Ahmadi, “Sejarah Penerbitan Surat-surat Khabar dan Majalah-majalah di Kelantan (1910-1970)”, dalam Warisan XII, muka surat72 (54-99).
    1
    • Like
    • Reply
    • 3 y
  • Tan Sri Senu Abdul Rahman menghiasi kulit depan Mastika Ogos 1988. Ketika itu beliau sudah berusia 69 tahun dan bersara dari politik. Dalam majalah berkenaan termuat dua rencana mengenai beliau iaitu, Noritah Sulaiman, “Pandangan Senu Mengenai Pergolakan Politik Sekarang”, (Interbiu Khas Dengan Bekas Setiausaha Agung UMNO), Mastika, Tahun 48, Ogos 1988, muka surat 6-7; dan, Wahba, “Liku-liku Perjuangan Senu”, Mastika tahun 48, Ogos 1988, muka surat 8-9. Beliau dikatakan berada di Amerika Syarikat pada tahun 1947-1953, dan memperolehi ijazah Sarjanamuda Sains Politik daripada University of California.
    Image may contain: 1 person, smiling
    • Like
    • Reply
    • 2 y
  • Aselinya ide darimana?
    1
    • Like
    • Reply
    • 2 y
  • Yusoff Zaky Yacob menggunakan istilah “Revolusi Rohaniah” dalam rencana beliau, Y.Z.Y., “Manusia Melayu Yang Berdikari”, (Mikroskop Dian), Dian, bilangan 13, 1967, muka surat 7-10. Sebahagian tulisan beliau dipetik: “Aliran faham Islam yang kita ambil sebagai asas kepercayaan kita bukanlah suatu aliran yang dinamis yang pernah menegakkan umat-umat Islam di zaman-zaman kegemilangan mereka, malah suatu aliran tasauf yang menggalakkan cara hidup yang pasif dan lemah, suatu aliran faham yang zahid dan bencikan dunia, suatu aliran faham yang lebih banyak mendorong kita melarikan diri dari menghadapi kenyataan-kenyataan dan cabaran-cabaran hidup, suatu aliran faham yang lebih banyak bertegak pada kekuatan naqal dari kekuatan akal dan logik, aliran inilah yang menyalarertikan konsep-konsep hidup dunia, tawakal, zahid, sabar, qada’, qadar, berusaha dan berikhtiar dari pengertian yang positif kepada pengertian yang pasif dan menyingkirkan akal dalam pemikiran-pemikiran agama. Hilangnya kedinamisan dan kerasionalan Islam dalam kepercayaan kita telah memberi peluang kepada adat-adat khurafat dan tahyul hidup segar dalam masyarakat, yang menambah tebal lagi kongkongan dan kebekuan kepada rohaniah kita.” (muka surat 8)
    • Like
    • Reply
    • 2 y
  • “Kemuncak Perhimpunan Agung tahun 1971 telah mempersembahkan kepada rakyat sebuah buku “Revolusi Mental” yang dianggap begitu tepat oleh kritikus Yahaya Ismail sebagai satu karya monumental yang keempat selepas karya-karya Abdullah Munshi (Hikayat Abdullah Munshi [sic] dan Hikayat Pelayaran Abdullah), dan karya Dr. Mahathir Mohamad (The Malay Dilemma), satu karya yang begitu terus terang dan berani mengakui dan menelanjangi kelemahan-kelemahan dan penyakit-penyakit yang menyarangi tubuh bangsa Melayu tanpa silu malu lagi.”
    /
    “Sesuai dengan testamen “Revolusi Mental” yang baru diturunkan dari langit politik UMNO itu, rakyat seluruhnya adalah mengharapkan agar pemimpin-pemimpin UMNO sendiri menonjolkan diri mereka sebagai pelopor-pelopor yang mematuhi doktrin revolusi mental itu. Mereka harus benar-benar memperbarui cara berfikir dan cara bertindak mereka bukan hanya sekadar menyalutkan pakaian-pakaian yang baru pada badan tua yang lumpuh dan lusuh dek zaman. Begitu juga sifat-sifat kritis ahli-ahli UMNO diharap akan terus hidup bukan hanya sekadar untuk mencukupkan gong dan gendang yang tradisional di hari-hari besar perhimpunan agung, malah untuk melahirkan satu zaman demokrasi yang baru, di mana parti mencorakkan pemimpin-pemimpin dan memaksa kehendak-kehendak dan resolusinya, bukan pemimpin-pemimpin mencorak parti dan menekankan kehendak-kehendak mereka.”
    (Lihat, Yusoff Zaky Yacob, “Strategi Parti-parti Melayu”, (Mikroskop Dian), Dian, bilangan 36, Tahun IX, 1970, muka surat 1-4.
    • Like
    • Reply
    • 2 y
  • Berikutan terbitnya “Revolusi Mental” pada tahun 1971, hebohlah masyarakat Melayu membincangkannya. Namun, “Ungkapan “menyediakan panduan” dan “zaman baru” banyak mencontohi prakata pengarang naratif tahun 1920-an dan 1930-an, yang juga menyediakan panduan kepada orang Melayu memasuki zaman moden. Tetapi Revolusi Mental ditulis pada akhir tahun 1960-an. Apakah yang menyebabkan wujudnya seruan ke arah pemodenan masyarakat Melayu selepas 40 tahun strategi menggalakkan perubahan ditulis oleh generasi tahun 1920-an?” (lihat, Virginia Matheson Hooker, 2000 (versi bahasa Melayu, 2003). Mencipta Masyarakat Baru Perubahan Sosial Menerusi Novel Melayu, muka surat 443). Pada tempat yang lain, ketika menyentuh kriteria-kriteria Peraduan Mengarang “Novel Melayu Baru” anjuran GAPENA dan sebuah syarikat kerajaan Selangor pada tahun 1995, “Mungkin istilah-istilah tersebut agak mencemaskan mereka yang bukan tergolong dalam kelompok Melayu Baru. Tetapi adakah ia lebih menggerunkan berbanding dengan seruan penulis “hikayat baru” yang menggesa pembaca mereka membina inisiatif, tenaga, dan ikhtiar agar maju dan tidak ketinggalan zaman? Mungkin bezanya adalah dari segi istilah dan bukan pada kandungannya. Sekiranya kita mengetepikan istilah-istilah tersebut, bukankah seruan yang sama dilaungkan? Misalnya, seruan untuk bangsa Melayu mengejar perkembangan baru dan melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan supaya tidak ketinggalan dalam “dunia baru” yang agendanya masih ditentukan oleh orang bukan Melayu. Adakah orang Melayu masih perlu diberikan kuasa untuk menangani dunia moden? Adakah Melayu baru tahun 1930-an sehingga tahun 1980-an digantikan oleh orang Melayu tahun 1990-an dan 2000-an yang lebih baru? Adakah mencipta “masyarakat baru” merupakan proses yang berterusan dan tiada penghujungnya?” (muka surat 498-499).
    • Like