Friday 31 August 2018

Rapuh (1) - Perihal Seorang Penggiler Buku

Rapuh (1)
“BBW Book Fair” di The Mines sedang berlangsung. Ada tawaran hebat. Diskaunnya ada sampai 90%”, kata isteriku. Dia memberitahu seakan aku tidak menyedarinya. Sedang peristiwa-peristiwa begitu sentiasa dalam pantauan. Tidak pernah ia terlepas dari perhatianku.
Sebenarnya kebelakangan ini aku seakan menanamkan pendirian untuk tidak menggilai buku. Kerananya mudah. Sudah berpikul-pikul buku berlambakan dalam koleksi. Sudah terlewat masanya untuk aku membaca semuanya. Kehadiran di pesta-pesta buku akan menjadikan bertambah banyak lagilah buku-buku memenuhi ruangan rumah.
Reaksi positif terhadap ajakan isteri bakal melumpuhkan niat. Sebiji dua akan bertambah. Tidak boleh tidak. Demikian sering berlaku dari semasa ke semasa. Sudah terbukti. Sebarang resolusi untuk tidak membeli lagi tidak pernah berjaya dilaksanakan.
Teringat, seorang teman yang berkunjung ke rumah baru-baru ini bertanya, “Masihkah buku-buku dibeli?”. Tentulah soalan itu diajukan apabila beliau melihat koleksiku yang tidak sedikit jumlahnya.
Tetapi ketika di Shah Alam menghadiri seminar “Yang Berani Hidup” anjuran Kerajaan Negeri Selangor benih resolusiku tercalar. Reruai Gramedia yang ikut serta seakan membawaku ke Jakarta. Lalu buku “Memoar Pulau Buru 1” sudah dimiliki. Apalah nilai RM35 untuk sebuah catatan pengalaman setebal 516 halaman. Alangkah rugi mengabaikan keselesaan yang menjelma. Menghindarinya tidak bijak. Nanti, “Bumi Manusia dan lain-lain” yang sedia ada di rumah mengecamukkan minda. Sesalan tak berkesudahan seharusnya dielakkan. Tetapi, padahnya, pasti akan kuburu pula sambungannya, Siri 2! Mungkin di Jakarta atau di kota-kota lain ketika berwisata kelak, insya-Allah.
Dan di The Mines, sambil mengiringi isteri, akhirnya terbeli selonggok lagi bernilai RM311.50. Tentu tidak sukar membayangkan banyaknya bilangan buku-buku itu. Ya, kalau setiap satu berharga antara RM5, RM8, RM10, RM12, RM18, dan seterusnya, dari segi timbangannya pun, tentu berat. Jika disusun meninggi, tentulah tebalnya berkaki-kaki.
Hakikatnya, aku tetap gagal melaksanakan resolusi yang baru diperinci. Semoga dalam tahun 2018 aku akan lebih berjaya. Semoga.
Comments
Ahmad Said Hari ini, 28 Disember 2017, saya beli lagi selongok, 111 buah buku.
Manage
Reply35w
Ahmad Said Apabila dibuka semua bungkusan, buku-buku yang menjadi koleksi terbaru ini adalah seperti dalam gambar.
Manage
Reply35w
Ahmad Said Hari ini setroli lagi saya punggah – sebelah pagi dan selepas Jumaat, sekali lagi, sebelah petang.
Manage
Reply35w
Ahmad Said Melintasi, Datuk Haji Hassan Ahmad, “Menggalakkan Pertumbuhan Buku Sastera”, (Surat Sastera), Dewan Sastera, September 1982, muka surat 3-5. Beliau menutup surat tersebut dengan, “Jika, entah dengan kuasa ghaib apakah, tiba-tiba kedai buku tumbuh seperti cendawan di merata tempat di negara ini, di ceruk-ceruk kampung dan sebagainya, apakah orang akan berduyun-duyun keluar rumah mengunjungi kedai buku, membeli dan membaca buku, rumah-rumah mereka dihiasi almari-almari buku, dan penerbit buku tiba-tiba akan menjadi kaya raya? Belum tentu. Penerbitan buku hendaklah dianggap sebagai suatu perusahaan yang penting untuk pembangunan negara dan segala usaha – kempen negara – hendaklah dibuat untuk mewujudkan suatu masyarakat Malaysia yang mencintai buku.”

Revolusi Mental

“Revolusi Mental”
Sepanjang tahun 1971, majalah Utusan Kiblat mengiklankan buku “Revolusi Mental”.
Comments
Shah Rizan Mohd Dahri Zakaria Kita ada sebuah versi hardcover di atas.Namun Utusan Publications ada menerbitkannya kembali
Manage
Reply37w
Ahmad Said “Bangsa kita telah terkenal dan memang diakui kini berada dalam serba kekurangan dan kelemahan di dalam segala segi, lebih-lebih lagi di dalam segi perekonomian dan pelajaran walaupun setelah lahir kemerdekaan kita, usaha ke arah kemajuan dan memulihkan kemelaratan bangsa Melayu telah diusahakan oleh kerajaan, namun demikian kemajuan dan kemakmuran dalam erti kata yang sebenarnya belum juga kita dapati. 
“... ... Dalil yang terang kita dapati beberapa banyak pelajar-pelajar miskin terkandas dalam pelajarannya, mati cita-citanya. Beberapa banyak kedai-kedai perusahaan bangsa kita sendiri lengang dari pembelinya, yang mana berakhir tutup dan bankrap, bukan sedikit pula pengemis-pengemis mengisut letih kelaparan dan meminta sedekah sesuap nasi, seteguk air, dibiar diperhina oleh masyarakat, dan beberapa banyak pula anak-anak yatim yang kerdil tidak mendapat pertolongan dari orang-orang yang berkewajipan, si kaya bermegah dengan kekayaannya, si pembesar-pembesar pula ria dengan pangkat kebesarannya, si miskin jua tinggal dalam kesedihan sering berharap dengan bantuan. Namun demikian harapan hampa menunggu dari semasa ke semasa laksana pungguk merindukan bulan.” (Lihat, Muhammad Abu Al-Shukri, “Dua Tahun Setelah Kita Merdeka”, (Kupasan dan Pandangan), Pengasuh, Bilangan 320, Oktober 1959, muka surat 7-8.
Manage
Reply36w
Ahmad Said “Sayugia jangan kamu terima perkataan setengah daripada kaum kita yang jahil yang mengatakan hati Melayu itu terlebih busuk daripada hati bangsa lain. Bahawa sungguhnya kejadian manusia itu ialah sama seluruh dunia ini dan terkandung di dalamnya akal dan hawa nafsu yang tiada berlebih-kurang baik jahatnya. Maka perbezaan di antara kita Melayu ini dengan orang-orang sebelah barat seperti Inggeris, Perancis, dan lain-lain bangsa yang duduk pada saf hadapan di dalam medan siyasah, pertukangan, perniagaan, dan sebagainya itu ialah terbitnya daripada ketiadaan pelajaran di antara kita. Maka penyakit kita yang kita Melayu telah menghidap beberapa lama dari zaman datuk nenek sampai ke zaman kita ini ialah ketiadaan pelajaran. Dan di dalam alam ini itulah penyakit yang terlebih besar dan membawa kepada kita beribu-ribu mudarat. Maka otak kita manusia ini hendaklah diasah lebih kurang ibaratnya sama jua seperti sebilah pisau dan batu pengasahnya ialah pelajaran.” (Pengasuh, 20 Oktober 1918 seperti dipetik dalam Abdullah Zaidi Hassan, “Kelantan sebagai Pbdhr Ilmu Perladungan Kepandaian: Tinjauan Awal Berdasarkan Kandungan Majalah Pengasuh 1918—1923” dalam, A. Aziz Deraman (penyusun), “Peradaban Melayu Timur Laut Memperkasakan Warisan Persuratan Melayu”, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010, cetakan pertama, muka surat 149-150 (145-182).
Manage
Reply35w
Ahmad Said Kalau dibaca rencana pengarang “Penyedar”, Tahun 1, Bilangan 1, 15 Jun 1946, yang diterbitkan di Kota Bharu, Kelantan, berjudul “Kesedaran Semangat Pengorbanan” terdapat seruan, “Apa yang telah kami sajikan di dalam keluaran kali ini kepada sidang pembaca yang budiman maka adalah diharap bahawa menjadi sambutan dan penerimaan yang diiringi dengan penuh sokongan daripada tuan-tuan sekalian. 
“Penyedar”bagi langkahnya yang pertama sudah barang tentu dapat peluang menzahirkan cita-citanya yang suci murni, iaitu cita-cita hendak menanam perasaan kesedaran dan bangkitan semangat pengorbanan mencintai tanah air dan bangsa. Langkah yang kedua, melembagakan rupa kesedaran: kesedaran politik, kesedaran soal penghidupan, kesedaran ilmu pengetahuan dan kesedaran hal ehwal pergaulan dan pergerakan umum. Keempat-empat kesedaran ini adalah menjadi suatu soal yang amat penting sekali di dalam tawarikh kemajuan bangsa-bangsa di dunia. Dunia maju dan meriak kepada tingkat ketinggian hari ini ialah dengan adanya kesedaran yang tersebut di kalangan bangsa-bangsa.” 
(Lihat, lihat, Abdul Rahman Al-Ahmadi, “Sejarah Penerbitan Surat-surat Khabar dan Majalah-majalah di Kelantan (1910-1970)”, dalam Warisan XII, muka surat72 (54-99).

Goenawan Mohamad

Mendengar Goenawan
"Yang Berani Hidup".
Comments
Ahmad Said Beberapa kalimat terakhir Goenawan Moehamad dalam kertas kerja beliau, “Arah Perkembangan Kesusastraan Indonesia”, berbunyi, “... Seakan-akan sudah diharamkan buat kesusasteraan untuk memanggul beban ide-ide, baik tentang apa yang harus maupun tentang apa yang hendak dikatakan seorang sastrawan melalui hasil sastranya. Dalam sikap sedemikian, satu-satunya ide tentang kesusastraan yang pokok ialah bahawa tidak adanya ide yang bisa diyakini secara tetap. Maka, jika segala pendirian adalah nisbi, juga pendirian kita saat ini, apa gunanya lagi buat berdebat dan berpolemik?”***” (lihat, Horison, 5-6, Mei-Juni 1973, muka surat 135.
Manage
Reply18w
Ahmad Said Melintasi ruangan, “Sajak-sajak Goenawan Mohamad”, Horison, Bilangan 11, November 1973, muka surat 333-341. Judul-judulnya, “Kwatrin Tentang Sebuah Poci”, “Sajak Anak-anak Mati”, “Di Kebun Jepun”, “Pada Sebuah Pantai: Interlude”, “Barangkali Telah Kuseka Namamu”, “Potret Taman Untuk Allen Ginsberg”, “Kematian Sang Juragan”, “Gatoloco”, “Tentang Sinterklas”, dan “Afterword”. Semua sajak tercipta pada tahun 1973.
Manage
Reply18w
Ahmad Said Ternyata, kertas kerja Goenawan Mohamad yang dinyatakan itu mendapat reaksi. Lihat, Ignas Kleden, “Pertanyaan kecil buat Goenawan Mohamad (tentang Horison, ide, idiologi dan Arief Budiman)”, Horison, bilangan 1 Januari 1975, muka surat 10-11. Goenawan Moehamad menjawab, “Jawaban Goenawan Mohamad”. Hanya, saya ingin menarik perhatian kepada sedikit kata-kata beliau dalam jawapan tersebut, “Dewasa ini tidak ada lagi di antara kita seorang tokoh seperti Kassim Ahmad di Malaysia, seorang sasterawan dan cendekiawan kiri yang bisa mengutarakan dan mempertahankan pendiriannya – secara eksplisit maupun tidak – dengan daya desak intelektuil yang cukup, tanpa gertakan-gertakan slogan.” (muka surat 11).
Manage
Reply18w
Ahmad Said Sajak-sajak yang judul-judulnya dinyatakan di atas telah dibukukan menjadi “Interlude”, Yayasan Indonesia, Jakarta, 1973 (30 halaman). Beberapa sajak berkenaan telah disentuh oleh M.S. Hutagalung dalam “Tinjauan Buku Interlude”, Horison, bilangan 1, Januari 1975, muka surat 18-19. Bagi beliau, sajak-sajak Goenawan Mohamad sukar difahami. Beberapa sahaja upaya ditanggapi sedangkan yang lain-lain “masih tetap mermbisu bagi saya.”