Friday, 31 August 2018

Riwayat Ah Q

Riwayat Ah Q
Semasa bertugas di Pulau Pinang antara tahun 1992-1996, masa lapang saya banyak digunakan untuk menyelongkar kedai-kedai buku lama/terpakai terletak di Pasar Chowrasta. Banyak buku telah saya beli dan salah satunya buku terjemahan dalam bahasa Melayu “Riwayat Ah Q”. Tidak banyak maklumat tentang pengarang dan penterjemahnya yang boleh saya dapati kerana maklumat tertulis dalam bahasa Cina.
Berdasarkan ilustrasi kulitnya yang dipaparkan ini, mungkin persoalan itu boleh dileraikan oleh teman-teman yang berkebolehan dalam bahasa Mandarin/Tionghoa.

No comments:

Post a Comment