Saturday 27 April 2013

Majalah Dewan Bahasa, Jilid I Bilangan I, September, 1957


Aku mempunyai koleksi yang hampir lengkap majalah Dewan  Bahasa, bermula dengan Jilid I, Bilangan 2 – Oktober 1957. Sayang sekali keluaran sulung, Jilid I Bilangan I, September, 1957  tiada dimiliki. Lalu kusemak buku susunan Teh Zahariah bt. Jahidin “Faharasat Majallah Dewan  Bahasa 10 Tahun (September 1957 – Disember 1966), DBP 1968. Maka dapatlah kuaturkan kandungan majalah ini keluaran terawalnya seperti berikut:

(1)    Syed Nasir bin Ismail, Merdeka: Masalah-masalah Bahasa Yang Ditimbulkannya, muka surat 9-12;
(2)    Za’ba, Memajukan Bahasa Melayu dan Kesusasteraannya, muka surat 13-37;
(3)    C. Skinner, Mempelajari Kesusasteraan di Universiti Malaya, muka surat 38-43;
(4)    A. Samad Ismail, Memperkatakan Novel Sepintas Lalu, muka surat 44-50;
(5)    A. Samad Ahmad, Mempelajari Sejarah Kesusasteraan Lama Melayu, muka surat 51-57;
(6)    Pengetahuan Bahasa Melayu, Rasa dan Gaya Bahasa, muka surat 58-60;
(7)    Muhammad bin Haniff, Istilah-istilah Baharu, muka surat 61-65;
(8)    Istilah-istilah oleh Jawatankuasa Istilah DBP, Istilah Ilmu Ukur (Geometry) dan Algebra, muka surat 66-67;
(9)    Istilah Pentadbiran dan Urusan Kerajaan, muka surat 67-68.

Saya selidiki bahawa majalah Dewan  Bahasa, Jilid I Bilangan 2 bermula dengan muka surat 71 dan berakhir dengan muka surat 116 mengandungi 48 halaman. Ini bermakna keluaran sulung lebih banyak halamannya. Hanya tidak dapat kukesani kandungannya untuk muka surat 1-8. Buku “Faharasat” tidak menyebutnya. Boleh jadi mengandungi alu-aluan sempena penerbitannya.