Tuesday 22 July 2014

Pantulan 38/14, Sajak Azmi Yusoff, “Orang-orang Yang Tergelimpang”

Pantulan 38/14

Penderitaan hidup akibat gagal menyesuaikan diri dengan keperluan khususnya sudah jadi pengalaman lumrah. Dimana-mana boleh kita temui. Hanya darjah kemelaratan itu tidak sama. Ada yang lebih parah dan mungkin juga sedikit ringan. Hakikatnya, suasana telah memberi kesukaran untuk melanjutkan tambahan usia. Kalau kembara hayat ini setakat diri sendiri merasai penangannya, tidaklah harus dikhuatiri bersangatan berbanding jika penderitaan itu merangkumi berlapisan keturunan. Aku menjadi tidak tenteram untuk bersenang-senang seperti dinikmati kini, apabila mengunyah lumat catan teman fbku, Azmi Yusoff lewat, “Orang-orang Yang Tergelimpang”, Mastika, Mei 1991, muka surat 39. Kota telah mendedahkan impak menggerunnya terhadap para pengungsinya, pada tempat yang paling ketara di mata, dan tentulah ke hati, melukakan jiwa iaitu “di kaki lima”nya.

Aku tidak akan menumpukan kepada kekuatan setiap baris yang dicipta. Tanpa disebut pun, sudah bagai secerah cahaya. Kerap benar demikian rupa lakuan Azmi. Peralihan yang dilakukan ketika membina rangkapnya sudah jadi kemahiran luar biasa tak mudah diikuti. Nikmatilah sendiri, demi mengakur butiran bukti. Hanya, aku mahu memilih dua kata; “sejarah” dan “salasilah”. Kalau kusempitkan medan garapan seluruh sajak, dengan kedua-dua perkataan itu, tersembur sendiri riwayat pahit golongan bawahan semenjak para ilmuan membicara, meneliti dan mengutarakan nasib rakyat dalam mengharungi era pembangunan. Tragedi yang telah berlaku, tetap berterusan dan kelihatan kian menular. Sungguh tidak bermakna dunia. Mujurlah ia fana!
(Nota: Aku semak dan ternyata sajak ini termuat pula dalam kumpulan puisi beliau, “Menganyam Jadam”, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, muka surat 26).

Photo: Pantulan 38/14

Pantulan 37/14, Sajak Ahmad Sarju, “Berikan Simpatimu”

Pantulan 37/14

Sebaik membuka ‘Folder Sastera’ keratan akhbarku, salah sebuah karya yang muncul terawal ialah sajak teman fbku Ahmad Sarju, “Berikan Simpatimu”, Mingguan Malaysia, Ahad, 13 Disember 1992, muka 11. Alangkah mengenanya membaca semula rakaman penderitaan warga Bosnia-Herzegovina, sedang kita dijelangi lagi penderitaan tidak bertepi rakyat Palestin oleh rejim Israeli, untuk ke sekian kalinya. Demikian lengkapnya pemerian: “di tanah perkuburan telah tersusun mayat////buminya yang dibanjiri darah”. Dimana-mana terpampang gambaran kezaliman: “di hospital .. /di masjid …/di medan perang …/di kota hanyalah keruntuhan, kemusnahan dan kehancuran.” Tidak diserukan oleh temanku agar kita mengangkat senjata pergi berjuang tetapi besar benar kesan tragedi gergasi itu di jiwanaya lalu beliau menyeru: “Berikanlah seluruh simpatimu”.

ASKAT: Aku tahu, tentulah dengan kesedaran bahawa perjuangan tanpa persediaan canggih serba-serbi demi mengatasi musuh asasi sebenarnya seerti berstrategi ‘membuta-babi’ yang pasti menghasilkan kelupusan di bumi. Begitupun, janganlah kerana sebab demikian, kita sampai langsung tidak prihatin lalu menghindar diri daripada menjelmakan perasaan bahawa kekejaman seharusnya ditentang walau dengan apa cara meliputi pendekatan jangka pendek dan jangka panjang, dengan kematangan yang dituntuni kebijaksanaan. Lebih-lebih lagi, yang teraniaya adalah saudara-saudara seagama. Para simpatisan yang terhasil dari inisiatif temanku ini kelak, dipandui perancangan yang berterusan para kepimpinan, akan bakal menjadi benteng pertahanan yang tidak akan roboh sebaliknya bergerak menghimpit dan menumbangkan puak penjahanam yang angkuh lagi tanpa berperikemanusiaan itu. Insya-Allah.

Photo: Pantulan 37/14