Sunday 14 September 2014

Pantulan 49/14: Sajak M. ‘Ashikin, “Jika Kau Mengerti”

Pantulan 49/14: Menyegerakan pentamadunan

“Tamadun bangsa” bukan isu remeh-temeh. Ia adalah wadah jamahan para pemikir, negarawan, dan berjangka panjang. Kefahaman tentang letak duduk atau tingkat derjatnya berbanding dengan dimensi berupa kelompokan atau peribadian mungkin kurang diperjelas selama ini secara sedar dan bertujuan. Kalau dalam jaringan dan belitan kedaifan pun kita masih boleh meluangkan masa memikirkan hal ehwal penderjatan bangsa, bersyukurlah ke hadharat Allah. Itu tandanya, dari segi pemikiran, kita telah begitu hebat dan matang, jauh terpisah sekali gus mengerhanai amalan dan kejelekan zaman feudal. Sudah terbukti kita tahu menyusun keutamaan mengunggulkan bangsa. Tetapi, inilah salah satu aspek yang kita sentiasa waswas tentang pencapaiannya. Yang biasa di minda kita, dan begitulah persepsi lazimnya, bahawa dalam cengkaman kemelaratan hidup, kita cenderung untuk terus memperlekeh situasi atau mengambil pendekatan menutup pandangan terhadapnya. Pendekatan merugikan itu, (ada orang mengatakan kejahilan) lebih menguasai. Mujurlah Mohd Mansor Abdullah tidak ingin persepsi itu mengukuhi budaya semasa “anakku”. Pengalaman menggelumangi lendir di lembah lara yang sedia tertradisi itu bukan tidak berfaedah. Ada hikmahnya. Ada aspek atau dimensi positifnya. Dan kewujudan unsur inilah yang seharusnya diberi penekanan. Beliau berharap generasi baru tidak mensesiakannya. “ketakwaan” dan “kemiskinan” ada kaitan rahsia, erat terjalin sekali gus menjadi pencetus kesedaran diri dengan syarat digemblengkan secara betul.

Teman fbku berwajah M. ‘Ashikin, memberati aspek ini melalui “Jika Kau Mengerti”, Dewan Sastera, Oktober 1991, muka surat 32 seperti dikalimatkan, “bahawa senang dan susah”/…/menjadikan imanmu kental” . Bila demikian mendasari peribadi, maka yang baik-baiklah akan menyusuli. Pengalaman seseorang bukan tidak berguna kepada orang lain. Orang berpengalaman akan menaburkan kebijaksanaan dan berharap nasihat yang diujarkan dan jejak-jejak yang dilangkahi dan ditinggalkan akan diteladani. Dengan “… kesungguhan”.

ASKAT: Aku yakin, gemblengan kesedaran tentang pangkalan diri telah menggumpalkan tekad lalu menjadi azimat yang menjelmakan kedewasaan.
— at Dewan Sastera, Oktober 1991.

Photo: Pantulan 49/14: Menyegerakan pentamadunan

Pantulan 48/14: Sajak Sutung Umar RS, “Catatan Pendek Sang Musafir yang Pulang ke Tanah Asal”,

Pantulan 48/14: Sesekali pulang

Aku menumpang sedih, dan simpati menyerapi riwayat Sutung Umar RS, melalui “Catatan Pendek Sang Musafir yang Pulang ke Tanah Asal”, Dewan Sastera, Oktober 1991, muka surat 30-32. Kemiskinanlah yang diserlahkan kerana kita ini dari dahulu sampai sekarang hidup serba kekurangan. Bacalah buku-buku, majalah-majalah, akhbar-akhbar sama ada zaman Abdullah Munsyi, Za'ba, Aminuddin Baki, Ungku Aziz dan … lain-lain lagi.

Tetapi itu latar pemula temanku sahaja. Luahan menyusuli lebih bererti, di cungkil sepenuh hati. Bagaimana “tanah asal”, melangkah berdikari, maju mendahului, “sedang kau terasing/keluar dari arus besar”. Sutung bertanya: “di manakah lelaki berani/yang dapat melihat dengan terus mata/yang dapat mendengar dengan peka telinga/yang dapat bertindak dengan tajam akal” (muka surat 31) demi suatu pengharapan, sealiran arus zaman.

ASKAT: Sekarang, 23 tahun kemudian, adakah temanku hendak mencatat semula? Lebih panjang ataukah lebih kurang? Aku suka lagi sekali dia menyelami, serupa juga, dengan puisi. Dan aku akan membaca lagi dan berharap orang lain pun kali ini lebih bersimpati.
 — at Dewan Sastera, Oktober 1991.

Pantulan 47/14: Sajak Zurinah Hassan, “Surat Teja Kepada Tuah”

Pantulan 47/14: Meluahkan satu

Teman fbku yang gah namanya menyelak helaian-helaian lama lalu menulis “Surat Teja Kepada Tuah”, Dewan Sastera, Ogos 1991, muka surat 27, seakan mengakui hakikat perasaan puteri itu, “untuk melayani impian yang terlalu biasa” dan sebelum itu, “dan amat biasa bagi seorang wanita.”

Dilema, pada masa-masanya tidak menjadi persoalan kalau hanya bersifat peribadi. Tiada pun merugikan, sama ada sesuatu tetap terjadi lantaran dibiarkan menjadi kenyataan. Tetapi jika, walaupun dianggap dilema, dibiarkan berlaku, akibatnya tentu sekali tidak mententeramkan, sekurang-kurangnya kepada satu atau sesuatu pihak. Renungkanlah, bahawa kita memikul amanah menjaga integriti dan kedaulatan negara dan kita juga ada keperluan peribadi. Pemikulan amanah negara dengan sempurna membahagiakan semua (termasuk rakyat) tetapi kegagalan mendukungnya tanpa berbelah bahagi akan merendahkan tahap prestasi dan tentulah ternampak pada natijahnya yang tidak mencapai piawai. Pemikul amanah itu sudah terang belum cukup berwibawa menggalas perintah seri paduka. Dalam konteks bernegara, berkhidmat dan ‘saya yang menurut perintah’ maka kepentingan ‘tanggungjawab dan tugas-tugas rasmi mengatasi, dan adalah selaras dengan pendirian itu untuk memetik apa yang dirumuskan seupayanya oleh penyajak bijaksana Zurinah Hassan, “Tuah bukan lelaki biasa/…/Tuah lahir untuk menjadi wira”. Tuah telah mentafsirkan begitu dan saya percaya menepati sewaktu itu. “Legenda” menjelma dan tragedi seakan tuntutan tak terelakkan.

ASKAT: Tiada yang semulia itu pada ukuran negara. Lainlah kalau kita tidak hendak memisahkan kepentingan rasmi dan peribadi, seakan sebati bersepadu satu. Pengalaman sendiri memperkukuh, dan merentakkan reaksi.

(Nota: Saya tidak dapati sajak ini dalam “Salasilah” (2005) untuk digandingkan dengan “Surat Teja ke Inderapura”).
 — at Dewan Sastera, Ogos 1991.

Photo: Pantulan 47/14: Meluahkan satu

Pantulan 46/14: Sajak Wan A. Rafar, “Pentas Lain”

Pantulan 46/14: Pendikari

Pertanyaan pagi yang menarik hari ini disuakan oleh rakan mayaku,WanRafar Ishak (Wan A. Rafar) lewat, “Pentas Lain”, Dewan Sastera, Ogos 1991, muka surat 30. Aku setuju benar, untuk jadi diri sendiri bukan oranglain. Diri sendiri yang ada ilmu, berpendirian bijaksana, memanfaati – semua orang. Tetapi ada ujian, dugaan dan cabaran untuk mencapai tingkat itu. Kita harus gigih menghadapi sampai ke ujung kerana “di sini pengarahlah berkuasa”. Tanpa perlu rendah diri ketika peringkat awal menjati diri, pengalaman yang berbagai-bagai lagi bercampur aduk, menduka dan menyukacitakan sudah jadi lorong pematangan yang lazim. Jalanilah dengan kenekatan misali. Secepat mungkin capailah keberdikarian itu dan hiruplah kepuasan dalam tawaduk jua. Jadi jawapannya tiadalah berlainan, bahkan seperti yang Wan nukilkan, “dia hidup/dan menghidupkan/orang lain”. “dia” itu ialah diri kita yang ingin berperibadi iaitu seorang pendikari.

ASKAT: Soalan yang tepat alangkah bertuah kalau menjelma dan dijawab ketika kita lebih berpeluang menyatakannya.
 — at Dewan Sastera, Ogos 1991

Photo: Pantulan 46/14: Pendikari

Pertanyaan pagi yang menarik hari ini disuakan oleh rakan mayaku, WanRafar Ishak (Wan A. Rafar) lewat, “Pentas Lain”, Dewan Sastera, Ogos 1991, muka surat 30. Aku setuju benar, untuk jadi diri sendiri bukan orang lain. Diri sendiri yang ada ilmu, berpendirian bijaksana, memanfaati – semua orang. Tetapi ada ujian, dugaan dan cabaran untuk mencapai tingkat itu. Kita harus gigih menghadapi sampai ke ujung kerana “di sini pengarahlah berkuasa”. Tanpa perlu rendah diri ketika peringkat awal menjati diri, pengalaman yang berbagai-bagai lagi bercampur aduk, menduka dan menyukacitakan sudah jadi lorong pematangan yang lazim. Jalanilah dengan kenekatan misali. Secepat mungkin capailah keberdikarian itu dan hiruplah kepuasan dalam tawaduk jua. Jadi jawapannya tiadalah berlainan, bahkan seperti yang Wan nukilkan, “dia hidup/dan menghidupkan/orang lain”. “dia” itu ialah diri kita yang ingin berperibadi iaitu seorang pendikari.

ASKAT:  Soalan yang tepat alangkah bertuah kalau menjelma dan dijawab ketika kita lebih berpeluang menyatakannya.

Pantulan 45/14: Sajak Rahimidin Zahari, “Sajak Lanskap”

Pantulan 45/14: Mengenang kehilangan

Teman tersohor, Rahimidin Zahari muncul pada belekan malamku berupa “Sajak Lanskap”,Dewan Sastera, Ogos 1991, muka surat 29. Gubahan pendek ini memukau. Demikian menyentuh dan menguja seseorang yangpernah mengalami, lantas mengapresiasikannya. Pantai, apalagi ketika berdiri pada tempat paling kena, boleh memukau, mendamba dan melekakan. Dari situ, tentu tampak gelombang yang berpecah mengombak oleh tiupan angin yang mesra, tanpa bertukar ganas; pulau-pulau melatari kaki langit, dan kalaulah masih ada perahu-perahu layar para nelayan desaku (atau boleh juga hadir dalam keterasingan, sebuah kapal layar mewah) di kejauhan, pastilah tiada pilihan lain akan mampu mengalih minda yang tertekad di cengkam oleh suasana tersedia. Tetapi… hanya temanku ini mencalar rasa kesenanganku itu dengan “tubuh kurus”, “rambutnya/yang kusut panjang..” . Aku akur, hidup ini ada derita dirasai orang lain, tidak seperti yang kupernah kecapi dahulu itu.

ASKAT: Yaa! Inilah sajak kerana ia melekat disetiap patah kata, setiap baris, dan setiap rangkapanya. Kependekan yang mencetus pemanjangan.
 — at Dewan Sastera, Ogos 1991

Photo: Pantulan 45/14: Mengenang kehilangan 

Teman tersohor, Rahimidin Zahari muncul pada belekan malamku berupa  “Sajak Lanskap”,Dewan Sastera, Ogos 1991, muka surat 29.  Gubahan pendek ini memukau. Demikian menyentuh dan menguja seseorang yang pernah mengalami, lantas mengapresiasikannya. Pantai, apalagi ketika berdiri pada tempat paling kena, boleh memukau, mendamba dan melekakan. Dari situ, tentu tampak gelombang yang berpecah mengombak oleh tiupan angin yang mesra, tanpa bertukar ganas; pulau-pulau melatari kaki langit,   dan kalaulah masih ada perahu-perahu layar para nelayan desaku (atau boleh juga hadir dalam keterasingan, sebuah kapal layar mewah) di kejauhan, pastilah tiada pilihan lain akan mampu mengalih minda yang tertekad di cengkam oleh suasana tersedia. Tetapi… hanya temanku ini mencalar rasa kesenanganku itu dengan “tubuh kurus”, “rambutnya/yang kusut panjang..” . Aku akur, hidup ini ada derita dirasai orang lain, tidak  seperti yang kupernah kecapi dahulu itu. 

ASKAT: Yaa! Inilah sajak kerana ia melekat disetiap patah kata, setiap baris, dan setiap rangkapanya. Kependekan yang mencetus pemanjangan.

Pantulan 44/14: Sajak M Jusoff Taib, “Kepada Yang Berhormat”

Pantulan 44/14: menggilap kejujuran

Pencernaan isu peranan wakil rakyat sering berterusan secara rasmi atau tidak, di merata tempat, di setiap masa, oleh hampir semua orang, dulu, sekarang dan akan datang. Sejauh mana terkesannya pewacanaan demikian kepada mana-mana pihak terlibat tidak pula diketahui dengan pasti. Barangkali keputusan pilihanraya setiap lima tahun, atau setiap ada pilihanraya kecil dapat dianggap kayu pengukurnya yang paling tepat. Oleh itu, kehilangan wakil rakyat di mata umum selepas mengecapi keistimewaan memikul pertanggungjawabannya selama satu penggal menandakan kegagalan berprestasi, tak kiralah atas sebab apa, jelas atau tersembunyi. Dunia politik yang rencam tidak pernah merungkai rahsia-rahsianya secara sengaja atau melurus nyata. Tetapi bolehlah ditafsirkan bahawa apabila nama pemimpin itu terserlah bahkan semerbak sampai ke puncak maka bolehlah dikira yang demikian itu suatu pengiktirafan terhadap jasa-jasa atau sumbangan bakti kepada orang awam tidak tersia-sia. Lain pula jika sebaliknya, iaitu kehadiran untuk lebih lama di pentas utama tidak dihargai betapa pun tinggi hasrat peribadi. Fenomena ini sebenarnya kompleks untuk dianalisis, bukan sesegi. Selain rakyat yang mendukung, wakil itu harus memanfaatkan banyak pihak!

Karya bermesej murni oleh teman fbku M Jusoff Taib, “Kepada Yang Berhormat”, Dewan Sastera, Disember 1990, muka surat 11, ini terang sungguh, tidak lain bertujuan menarik bacaan semua orang, difahami dan menjadi mantera rakyat kerana mereka adalah hakim amalan sistem “demokrasi”. Suara ramai adalah lebih bertanggungjawab, sangat menentukan arah tuju dan kelangsungan nasib dan masa depan. Merekalah pemuktamad paling adil lagi telus. Para pemikul amanah rakyat tidak boleh terlepas pandang malah perlu sentiasa wujudkan kesedaran di hati terhadap intipati seumpama dimadahkan. Mereka haruslah perasan. Adalah bijaksana tidak mengabaikan. Hasil fikir begini seharusnya dijulang, ditelaah dalam kelas persekolahan untuk suatu tempoh yang panjang, agar berwarisan. Masing-masing memainkan peranan.
 — at Dewan Sastera, Disember 1990.

Photo: Pantulan 44/14: menggilap kejujuran 