Sunday, 14 September 2014

Pantulan 44/14: Sajak M Jusoff Taib, “Kepada Yang Berhormat”

Pantulan 44/14: menggilap kejujuran

Pencernaan isu peranan wakil rakyat sering berterusan secara rasmi atau tidak, di merata tempat, di setiap masa, oleh hampir semua orang, dulu, sekarang dan akan datang. Sejauh mana terkesannya pewacanaan demikian kepada mana-mana pihak terlibat tidak pula diketahui dengan pasti. Barangkali keputusan pilihanraya setiap lima tahun, atau setiap ada pilihanraya kecil dapat dianggap kayu pengukurnya yang paling tepat. Oleh itu, kehilangan wakil rakyat di mata umum selepas mengecapi keistimewaan memikul pertanggungjawabannya selama satu penggal menandakan kegagalan berprestasi, tak kiralah atas sebab apa, jelas atau tersembunyi. Dunia politik yang rencam tidak pernah merungkai rahsia-rahsianya secara sengaja atau melurus nyata. Tetapi bolehlah ditafsirkan bahawa apabila nama pemimpin itu terserlah bahkan semerbak sampai ke puncak maka bolehlah dikira yang demikian itu suatu pengiktirafan terhadap jasa-jasa atau sumbangan bakti kepada orang awam tidak tersia-sia. Lain pula jika sebaliknya, iaitu kehadiran untuk lebih lama di pentas utama tidak dihargai betapa pun tinggi hasrat peribadi. Fenomena ini sebenarnya kompleks untuk dianalisis, bukan sesegi. Selain rakyat yang mendukung, wakil itu harus memanfaatkan banyak pihak!

Karya bermesej murni oleh teman fbku M Jusoff Taib, “Kepada Yang Berhormat”, Dewan Sastera, Disember 1990, muka surat 11, ini terang sungguh, tidak lain bertujuan menarik bacaan semua orang, difahami dan menjadi mantera rakyat kerana mereka adalah hakim amalan sistem “demokrasi”. Suara ramai adalah lebih bertanggungjawab, sangat menentukan arah tuju dan kelangsungan nasib dan masa depan. Merekalah pemuktamad paling adil lagi telus. Para pemikul amanah rakyat tidak boleh terlepas pandang malah perlu sentiasa wujudkan kesedaran di hati terhadap intipati seumpama dimadahkan. Mereka haruslah perasan. Adalah bijaksana tidak mengabaikan. Hasil fikir begini seharusnya dijulang, ditelaah dalam kelas persekolahan untuk suatu tempoh yang panjang, agar berwarisan. Masing-masing memainkan peranan.
 — at Dewan Sastera, Disember 1990.

Photo: Pantulan 44/14: menggilap kejujuran 

No comments:

Post a Comment