Sunday, 14 September 2014

Pantulan 48/14: Sajak Sutung Umar RS, “Catatan Pendek Sang Musafir yang Pulang ke Tanah Asal”,

Pantulan 48/14: Sesekali pulang

Aku menumpang sedih, dan simpati menyerapi riwayat Sutung Umar RS, melalui “Catatan Pendek Sang Musafir yang Pulang ke Tanah Asal”, Dewan Sastera, Oktober 1991, muka surat 30-32. Kemiskinanlah yang diserlahkan kerana kita ini dari dahulu sampai sekarang hidup serba kekurangan. Bacalah buku-buku, majalah-majalah, akhbar-akhbar sama ada zaman Abdullah Munsyi, Za'ba, Aminuddin Baki, Ungku Aziz dan … lain-lain lagi.

Tetapi itu latar pemula temanku sahaja. Luahan menyusuli lebih bererti, di cungkil sepenuh hati. Bagaimana “tanah asal”, melangkah berdikari, maju mendahului, “sedang kau terasing/keluar dari arus besar”. Sutung bertanya: “di manakah lelaki berani/yang dapat melihat dengan terus mata/yang dapat mendengar dengan peka telinga/yang dapat bertindak dengan tajam akal” (muka surat 31) demi suatu pengharapan, sealiran arus zaman.

ASKAT: Sekarang, 23 tahun kemudian, adakah temanku hendak mencatat semula? Lebih panjang ataukah lebih kurang? Aku suka lagi sekali dia menyelami, serupa juga, dengan puisi. Dan aku akan membaca lagi dan berharap orang lain pun kali ini lebih bersimpati.
 — at Dewan Sastera, Oktober 1991.

No comments:

Post a Comment