Thursday 9 May 2013

Kulit "Dewan Bahasa"


(Sambungan) Reka bentuk atau corak kulit majalah “Dewan Bahasa” berubah lagi mulai Jilid VII Bil. I, Januari 1963 seperti gambar pertama. Selepas itu, ia berubah kepada corak seperti gambar 2 mulai Jilid X Bil. I, Januari 1966 dan kemudian seperti corak gambar 3 mulai keluaran Jilid XIII Bil. 1, Januari 1969 hingga Jilid XVII Bil. 12, Disember 1973. Barang diingatkan bahawa sungguhpun coraknya sama, warna kulit adalah berbeza-beza dari bulan ke bulan. Dan pujian kepada DBP kerana rela bertahan dengan harga senaskhah 50 sen, seperti harga asal terbitnya, iaitu 16 tahun lebih awal.

lambang "Dewan Bahasa"


Lambang Dewan Bahasa dan Pustaka mulai digunakan dalam majalah “Dewan Bahasa” Jilid IV Bilangan 6, Jun 1960 berupa usaha pengiklanan, satu di muka dalam kulit depan (gambar 1) dan satu lagi di muka dalam kulit belakang majalah (gambar 2). Pada keluaran itu, muka depan atau belakangnya tetap tidak menunjukkan lambang ini. Hanya mulai keluaran Jilid VII Bilangan I, Januari 1963 lambang itu menjadi sebahagian hiasan muka kulit depan majalah seperti ditunjukkan (gambar 3). Ini berterusan sehingga keluaran Disember 1968. Mulai Januari 1966, sedikit perubahan lambang ini dapat diperhatikan, iaitu ketiadaan singkatan “DBP”, seperti ditunjukkan pada kulit “Dewan Bahasa”, Jilid X Bil. 3, Mac 1966 (gambar 4). Sementara itu melalui kulit belakang "Dewan Bahasa", Jilid XII Bil. 12, Disember 1968 telah pula diserlahkan satu lagi lambang yang berlainan iaitu ketika mengiklankan majalah “RintisSains” (lihat gambar 5).
 (5 photos)

Motto "Dewan Bahasa"


Satu hal yang kukagumi dan hargai ialah motto majalah “Dewan Bahasa” iaitu “Mendukung Cita-cita Bahasa Jiwa Bangsa” yang wujud dengan gahnya mulai keluaran pertama, September 1957 hingga Disember 1978, iaitu meliputi tempoh 21 tahun. Bagaimanapun, “Sekapur Sirih” majalah “Dewan Bahasa” Jun 1978 memberitahu “mulai bulan Januari 1979 Dewan Bahasa akan menjadi majalah bahasa sepenuhnya.” (muka surat 386). Perubahan itu tentulah menimbulkan akal atau idea dan tindakan menggantikan motto tersebut, bukan dengan motto yang lain tetapi dengan “penegasan” bahawa majalah itu adalah suatu “Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa” mulai Jilid 23 Bil. 1, Januari 1979. Tentulah sebabnya tiada lain iaitu penyerahan tanggungjawab menerbitkan Dewan Bahasa terpindah kepada Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa mulai Jun 1978.

Pengarang "Dewan Bahasa", Januari 1979 (Awang Sariyan Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa) menulis dalam “Dari Pengarang”, “Apabila bidang bahasa sudah mula berkembang, dan kesedaran terhadap pentingnya pengetahuan bahasa sudah mula meluas, tepatlah waktunya kita menjadikan Dewan Bahasa sebuah majalah khusus tentang bahasa.” (muka surat 2). Tiga kulit majalah ini yang berkaitan ditunjukkan.

ASKAT: Saya akur dengan rasional ini. Tetapi saya agak sedih dengan kehilangan motto murni yang bersejarah pembulat semangat ini dan ketiadaan motto pengganti.

Kulit "Dewan Bahasa" (3)


(Sambungan). Lambang DBP dipamerkan secara berlainan di muka depan majalah “Dewan Bahasa” mulai keluaran Jilid XIII Bil. I, Januari 1969. Stail atau gaya ini berterusan selama lima tahun, iaitu berakhir dengan keluaran Jilid XVII Bil. 12, Disember 1973. Keluaran Dewan Bahasa, Jilid 18 Bilangan 1, Januari 1974 tidak lagi menggunakan lambang di mana-mana (kecuali dalam ruangan pengiklanan). Bandingkan dengan “Dewan Masyarakat” (Februari 1972) dan “Dewan Sastera” (Januari 1971) yang menonjolkannya lambang itu pada ruangan redaksinya. Sementara itu dan kebetulan pula, perhatikan juga tentang harga majalah Dewan Bahasa yang meningkat dari 50 sen menjadi 80 sen mulai Januari 1974 (selepas 17 tahun) dengan penjelasan: “Seluruh kenaikan harga kertas di pasaran dunia, belanja pengeluaran, dan keperluan-keperluan untuk membaiki kualiti dan kuantiti isinya…” (muka surat 2).
 (4 photos)

Kecualian unik "Dewa Bahasa"


Dalam pemerhatianku, dari keluaran pertama (September 1957) sampai keluaran majalah Dewan Bahasa, hanya satu keluaran tidak mengandungi ruang nama redaksi, iaitu Jilid 33, Bil. 8, Ogos 1989. Maknanya satu kekecualian dalam 33 tahun (bahkan lebih). Keluaran Ogos adalah keluaran terakhir bersaiz kecil kerana mulai September 1989 ia berukuran besar. Kutunjukkan naskhah berkenaan sebagai ‘peringatan’. Bandingkan dengan Ogos 1989 itu.

Kulit majalah "Dewan Bahasa" (2)


(Sambungan) Reka bentuk atau corak kulit “Dewan Bahasa” berukuran kecil berubah-ubah dari semasa ke semasa. Mulai 1974, bentuk kulitnya tidak berbunga-bunga atau berlorek-lorek lagi. Yang jelas, perbezaannya ialah (i) ketiadaan logo di kulit depan, (ii) bercorak petakan, untuk menonjolkan tajuk-tajuk rencana utama. Mulai 1979 perubahan kulitnya agak menonjol dari segi aspek-aspek utama, iaitu “bahasa” berhuruf besar “BAHASA”, motto “mendukung cita-cita bahasa jiwa bangsa” digantikan dengan “Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa”. Tentang lambang DBP, mulai Januari 1974 hingga Ogos (September?) 1977, ia tidak menjadi sebahagian daripada kulit. Logo ini muncul semula di muka depan mulai Oktober 1977 hingga Mei 1982. Kemudian mulai Jun 1982 hingga Ogos 1989 (naskhah berukuran kecil terakhir) tiada dipamerkan lagi logo itu. Tentang huruf Jawi, terawal muncul di kulit DBP ialah mulai naskhah Januari 1983.

(Nota: Sebahagian gambar kulit yang pernah kusiarkan digantikan dengan kulit lain yang belum pernah dipamerkan).

Monday 6 May 2013

Ensiklopedia Sedutan Ehwal Bahasa (6)

“Mungkin  tarikh yang penting dalam memperlaksanakan bahasaMalaysia sebagai Bahasa Kebangsaan bermula pada tahun 1970 apabila kerajaan mengambillangkah yang lebih tegas untuk memperlaksanakan bahasa Malaysia, sebagai bahasanasional.  Oleh sebab istilah bahasaMelayu itu membawa pengertian dan konotasi perkauaman, maka langkah yang pertamauntuk membolehkan bahasa Melayu menjadi lebih mudah diterima ialah dengan menamakanbahasa nasional pada masa itu sebagai bahasa Malaysia.  Istilah bahasa Malaysia membawa pengertian yangbahasa itu ialah bahasa untuk semua, sebagai suatu alat kebudayaan dalam suatu masyarakatdalam negara Malaysia.  Identiti bahasa inimenjadi agak berubah, menjadi suatu rupa bahasa yang boleh diterima oleh siapa sajayang menjadi warganegara Malaysia.”(Lihat  Abdullah Hassan, “Bahasa Malaysia Sebagai BahasaNasional Dalam Masyarakat Malaysia Baru”, Dewan Bahasa, September/Oktober 1976,muka surat 562).   

Ensiklopedia Sedutan Ehwal Bahasa (5)


Pada tahun 1974, berdasarkan sumber utamanya Kamus Dewan , dinyatakan bahasa Melayutelah meminjam 2,749 perkataan bahasa-bahasa asing terdiri 1,115 (Arab), 677(Sanskrit), 488 (Inggeris), 279 (Cina), 126 (Portugis) dan 64 (Tamil). Ini tidaktermasuk “beratus-ratus ribu istilah ilmu yang telah dipinjamkan kebanyakannya daribahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah selama ini.”   (AbdullahHassan,Pertembungan Bahasa dan Kesannya Terhadap Bahasa Melayu, Dewan Bahasa,Mei 1974, muka surat 231-232).

ASKAT: Kamus Dewan  sudah beredii baru. Kini hampir empat dekad berlalu, sudahkah seseorang mengirasemula fakta/mengemaskinikan ini untuk menunjukkan kedudukan mutakhir? 

Ensiklopedia Sedutan Ehwal Bahasa (4)



42 tahun dulu, Dr Asmah Haji Omar menulis, “…Istilah untuk mendokong sesuatu konsep dicipta oleh sarjana yang mula-mulamenemukan konsep itu.  Tetapi bagi bahasaMalaysia yang baru membangun dalam bidang ilmu dan pelajaran tinggi, penciptaanistilah memerlukan ahli-ahli linguistik untuk membantu sarjana-sarjana tertentudalam mencipta istilah dalam bidangnya sendiri. Mungkin dalam 40 atau 50 tahun akan datang manakala bahasa Malaysia sudahkukuh pendiriannya  sebagai bahasa pengantardalam pelajaran tinggi, jawatankuasa istilah tidaklah diperlukan lagi.” (Lihat  Bahasa Malaysia dan Pelajaran Tinggi, Dewan Bahasa, Jun 1971, muka surat 248)

ASKAT: Analisiskan pernyataan ini berdasarkansuasana semasa. 

Ensiklopedia Sedutan Ehwal Bahasa (3)


Keluaran majalah Dewan Bahasa,  Januari 1971 memasuki tahun ke 15penerbitannya. Elok kita baca penilaian redaksinya sendiri: 

“Nombor pertamamajalah ini telah diterbitkan pada 1 September 1957, … Selama 15 tahun DewanBahasatelah mencuba seberapa daya untuk memenuhi tujuan-tujuan yang termaktubdi dalam kata-kata aluan yang ditulis oleh Tuan Syed Nasir Ismail, Pengarah DBPpada waktu itu. Sebahagian besar daripada tujuan-tujuan yang urgent pada waktuitu telah dapat dipenuhi dalam peringkat pertama perjuangan menegakkan bahasaMelayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.  Sekarang ketika merayakan hari lahirnya yangke 15 Dewan Bahasa sudah lebih banyak memusatkan perhatiannya kepada bahasa dankesusasteraan yang menjadi tujuan dasarnya, …”(muka surat 1-2)   

Ensiklopedia Sedutan Ehwal Bahasa (2)


Kata Syed Nasir Ismail, “…bahawa sikap kitayang sewajarnya dalam hal menghidupkan dan menyuburkan perkembangan bahasakebangsaan ini ialah bekerja, bekerja dan terus bekerja.  Mengisi segala lapangan pekerjaan dalam usahamenyuburkan perkembangan bahasa kebangsaan itu lebih bererti untuk mencapai keinginanmenghapuskan pengaruh bahasa Inggeris … … Pendeknya sikap Dewan Bahasa danPustaka: bekerja, bekerja dan bekerja terus itu hendaklah menjadi sikap kebangsaanseluruhnya – termasuk masyarakat dan alat-alat Kerajaan sekali.” (Lihat majalahDewan  Bahasa, September 1960, muka surat438-439, sempena genap tiga tahun majalah ini).

Ensiklopedia Sedutan Ehwal Bahasa (1)



Daripada mengarang sendiri lagi pula mengulang-ulang,baiklah kusalinkan pandangan bestari tersohor: 

“Pengaruh lainnya berkenaan denganpertumbuhan bahasa ialah apa yang di sini dapat disebut dengan kedudukan golonganyang memakai bahasa.  Kita lihat di dalamsejarah masyarakat ada bahasa-bahasa yang tidak maju dan turun, tidak dihargai orang,tidak dipakai orang banyak hingga lambat laun bahasa itu mati.  Ada pula bahasa-bahasa yang tumbuh naik.  Sebabnya yang terpenting ialah bahawa bahasa itudipergunakan oleh orang-orang dan golongan-golongan yang berkuasa dan yang terhormatdalam masyarakat tersebut.  Kalau bahasa itutidak dipergunakan oleh orang-orang atau golongan-golongan yang dianggap terhormatdan memimpin dalam masyarakat maka bahasa itu lambat laun akan mundur ke belakanghingga akhirnya lenyap.  Ini sebabnya diperjuangkanbahasa Melayu itu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.  Kalau bahasa Melayu dijadikan bahasakebangsaan dan bahasa rasmi dengan sendirinya golongan-golongan yang di atas, golonganpemerintah dan golongan yang memegang kekuasaan akan memakai bahasa itu.  Pengaruhnya besar terhadap masyarakat dan kalautidak demikian lambat laun berkuranglah pengaruhnya.  Keadaan demikian dapat kita lihat di zaman penjajahdahulu.   Oleh kerana bahasa Inggeris itudibesarkan, oleh golongan yang berkuasa, sebagai satu-satunya bahasa yang penting,maka penghargaan orang terhadap bahasa sendiri kurang.  Oleh kerana penghargaan kurang terhadap bahasasendiri maka bahasa itu tidak banyak dipergunakan dalam bidang-bidang ilmu-ilmudan pengetahuan-pengetahuan yang baharu. Bahkan ada pula yang tidak mementingkanbahasa sendiri oleh kerana sudah dianggapnya dahulu sedari mulai belajar bahawayang penting itu adalah bahasa lain bukan bahasa sendiri.  Demikianlah pengaruh golongan yang memerintah.  Telah kita lihat bahawa pengaruh kedudukan golonganyang memakai bahasa itu penting.  Kalau golonganatas memakai bahasa pengaruhnya ke bawah besar dan begitu juga dalam soal-soal masyarakatlainnya.” 

(Lihat Drs. Syed Hussein Alatas, “Bahasa dan Pertumbuhannya”, Dewan  Bahasa, Mac, 1959, muka surat 116).