Lambang Dewan Bahasa dan Pustaka mulai digunakan dalam majalah “Dewan Bahasa” Jilid IV Bilangan 6, Jun 1960 berupa usaha pengiklanan, satu di muka dalam kulit depan (gambar 1) dan satu lagi di muka dalam kulit belakang majalah (gambar 2). Pada keluaran itu, muka depan atau belakangnya tetap tidak menunjukkan lambang ini. Hanya mulai keluaran Jilid VII Bilangan I, Januari 1963 lambang itu menjadi sebahagian hiasan muka kulit depan majalah seperti ditunjukkan (gambar 3). Ini berterusan sehingga keluaran Disember 1968. Mulai Januari 1966, sedikit perubahan lambang ini dapat diperhatikan, iaitu ketiadaan singkatan “DBP”, seperti ditunjukkan pada kulit “Dewan Bahasa”, Jilid X Bil. 3, Mac 1966 (gambar 4). Sementara itu melalui kulit belakang "Dewan Bahasa", Jilid XII Bil. 12, Disember 1968 telah pula diserlahkan satu lagi lambang yang berlainan iaitu ketika mengiklankan majalah “RintisSains” (lihat gambar 5).
(5 photos)
No comments:
Post a Comment