Thursday, 9 May 2013

Kulit "Dewan Bahasa" (3)


(Sambungan). Lambang DBP dipamerkan secara berlainan di muka depan majalah “Dewan Bahasa” mulai keluaran Jilid XIII Bil. I, Januari 1969. Stail atau gaya ini berterusan selama lima tahun, iaitu berakhir dengan keluaran Jilid XVII Bil. 12, Disember 1973. Keluaran Dewan Bahasa, Jilid 18 Bilangan 1, Januari 1974 tidak lagi menggunakan lambang di mana-mana (kecuali dalam ruangan pengiklanan). Bandingkan dengan “Dewan Masyarakat” (Februari 1972) dan “Dewan Sastera” (Januari 1971) yang menonjolkannya lambang itu pada ruangan redaksinya. Sementara itu dan kebetulan pula, perhatikan juga tentang harga majalah Dewan Bahasa yang meningkat dari 50 sen menjadi 80 sen mulai Januari 1974 (selepas 17 tahun) dengan penjelasan: “Seluruh kenaikan harga kertas di pasaran dunia, belanja pengeluaran, dan keperluan-keperluan untuk membaiki kualiti dan kuantiti isinya…” (muka surat 2).
 (4 photos)

No comments:

Post a Comment