Daripada mengarang sendiri lagi pula mengulang-ulang,baiklah kusalinkan pandangan bestari tersohor:
“Pengaruh lainnya berkenaan denganpertumbuhan bahasa ialah apa yang di sini dapat disebut dengan kedudukan golonganyang memakai bahasa. Kita lihat di dalamsejarah masyarakat ada bahasa-bahasa yang tidak maju dan turun, tidak dihargai orang,tidak dipakai orang banyak hingga lambat laun bahasa itu mati. Ada pula bahasa-bahasa yang tumbuh naik. Sebabnya yang terpenting ialah bahawa bahasa itudipergunakan oleh orang-orang dan golongan-golongan yang berkuasa dan yang terhormatdalam masyarakat tersebut. Kalau bahasa itutidak dipergunakan oleh orang-orang atau golongan-golongan yang dianggap terhormatdan memimpin dalam masyarakat maka bahasa itu lambat laun akan mundur ke belakanghingga akhirnya lenyap. Ini sebabnya diperjuangkanbahasa Melayu itu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Kalau bahasa Melayu dijadikan bahasakebangsaan dan bahasa rasmi dengan sendirinya golongan-golongan yang di atas, golonganpemerintah dan golongan yang memegang kekuasaan akan memakai bahasa itu. Pengaruhnya besar terhadap masyarakat dan kalautidak demikian lambat laun berkuranglah pengaruhnya. Keadaan demikian dapat kita lihat di zaman penjajahdahulu. Oleh kerana bahasa Inggeris itudibesarkan, oleh golongan yang berkuasa, sebagai satu-satunya bahasa yang penting,maka penghargaan orang terhadap bahasa sendiri kurang. Oleh kerana penghargaan kurang terhadap bahasasendiri maka bahasa itu tidak banyak dipergunakan dalam bidang-bidang ilmu-ilmudan pengetahuan-pengetahuan yang baharu. Bahkan ada pula yang tidak mementingkanbahasa sendiri oleh kerana sudah dianggapnya dahulu sedari mulai belajar bahawayang penting itu adalah bahasa lain bukan bahasa sendiri. Demikianlah pengaruh golongan yang memerintah. Telah kita lihat bahawa pengaruh kedudukan golonganyang memakai bahasa itu penting. Kalau golonganatas memakai bahasa pengaruhnya ke bawah besar dan begitu juga dalam soal-soal masyarakatlainnya.”
(Lihat Drs. Syed Hussein Alatas, “Bahasa dan Pertumbuhannya”, Dewan Bahasa, Mac, 1959, muka surat 116).
No comments:
Post a Comment