Satu hal yang kukagumi dan hargai ialah motto majalah “Dewan Bahasa” iaitu “Mendukung Cita-cita Bahasa Jiwa Bangsa” yang wujud dengan gahnya mulai keluaran pertama, September 1957 hingga Disember 1978, iaitu meliputi tempoh 21 tahun. Bagaimanapun, “Sekapur Sirih” majalah “Dewan Bahasa” Jun 1978 memberitahu “mulai bulan Januari 1979 Dewan Bahasa akan menjadi majalah bahasa sepenuhnya.” (muka surat 386). Perubahan itu tentulah menimbulkan akal atau idea dan tindakan menggantikan motto tersebut, bukan dengan motto yang lain tetapi dengan “penegasan” bahawa majalah itu adalah suatu “Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa” mulai Jilid 23 Bil. 1, Januari 1979. Tentulah sebabnya tiada lain iaitu penyerahan tanggungjawab menerbitkan Dewan Bahasa terpindah kepada Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa mulai Jun 1978.
Pengarang "Dewan Bahasa", Januari 1979 (Awang Sariyan Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa) menulis dalam “Dari Pengarang”, “Apabila bidang bahasa sudah mula berkembang, dan kesedaran terhadap pentingnya pengetahuan bahasa sudah mula meluas, tepatlah waktunya kita menjadikan Dewan Bahasa sebuah majalah khusus tentang bahasa.” (muka surat 2). Tiga kulit majalah ini yang berkaitan ditunjukkan.
ASKAT: Saya akur dengan rasional ini. Tetapi saya agak sedih dengan kehilangan motto murni yang bersejarah pembulat semangat ini dan ketiadaan motto pengganti.

No comments:
Post a Comment