Thursday, 9 May 2013

Kulit majalah "Dewan Bahasa" (2)


(Sambungan) Reka bentuk atau corak kulit “Dewan Bahasa” berukuran kecil berubah-ubah dari semasa ke semasa. Mulai 1974, bentuk kulitnya tidak berbunga-bunga atau berlorek-lorek lagi. Yang jelas, perbezaannya ialah (i) ketiadaan logo di kulit depan, (ii) bercorak petakan, untuk menonjolkan tajuk-tajuk rencana utama. Mulai 1979 perubahan kulitnya agak menonjol dari segi aspek-aspek utama, iaitu “bahasa” berhuruf besar “BAHASA”, motto “mendukung cita-cita bahasa jiwa bangsa” digantikan dengan “Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa”. Tentang lambang DBP, mulai Januari 1974 hingga Ogos (September?) 1977, ia tidak menjadi sebahagian daripada kulit. Logo ini muncul semula di muka depan mulai Oktober 1977 hingga Mei 1982. Kemudian mulai Jun 1982 hingga Ogos 1989 (naskhah berukuran kecil terakhir) tiada dipamerkan lagi logo itu. Tentang huruf Jawi, terawal muncul di kulit DBP ialah mulai naskhah Januari 1983.

(Nota: Sebahagian gambar kulit yang pernah kusiarkan digantikan dengan kulit lain yang belum pernah dipamerkan).

No comments:

Post a Comment