Pantulan 49/14: Menyegerakan pentamadunan
“Tamadun bangsa” bukan isu remeh-temeh. Ia adalah wadah jamahan para pemikir, negarawan, dan berjangka panjang. Kefahaman tentang letak duduk atau tingkat derjatnya berbanding dengan dimensi berupa kelompokan atau peribadian mungkin kurang diperjelas selama ini secara sedar dan bertujuan. Kalau dalam jaringan dan belitan kedaifan pun kita masih boleh meluangkan masa memikirkan hal ehwal penderjatan bangsa, bersyukurlah ke hadharat Allah. Itu tandanya, dari segi pemikiran, kita telah begitu hebat dan matang, jauh terpisah sekali gus mengerhanai amalan dan kejelekan zaman feudal. Sudah terbukti kita tahu menyusun keutamaan mengunggulkan bangsa. Tetapi, inilah salah satu aspek yang kita sentiasa waswas tentang pencapaiannya. Yang biasa di minda kita, dan begitulah persepsi lazimnya, bahawa dalam cengkaman kemelaratan hidup, kita cenderung untuk terus memperlekeh situasi atau mengambil pendekatan menutup pandangan terhadapnya. Pendekatan merugikan itu, (ada orang mengatakan kejahilan) lebih menguasai. Mujurlah Mohd Mansor Abdullah tidak ingin persepsi itu mengukuhi budaya semasa “anakku”. Pengalaman menggelumangi lendir di lembah lara yang sedia tertradisi itu bukan tidak berfaedah. Ada hikmahnya. Ada aspek atau dimensi positifnya. Dan kewujudan unsur inilah yang seharusnya diberi penekanan. Beliau berharap generasi baru tidak mensesiakannya. “ketakwaan” dan “kemiskinan” ada kaitan rahsia, erat terjalin sekali gus menjadi pencetus kesedaran diri dengan syarat digemblengkan secara betul.
Teman fbku berwajah M. ‘Ashikin, memberati aspek ini melalui “Jika Kau Mengerti”, Dewan Sastera, Oktober 1991, muka surat 32 seperti dikalimatkan, “bahawa senang dan susah”/…/menjadikan imanmu kental” . Bila demikian mendasari peribadi, maka yang baik-baiklah akan menyusuli. Pengalaman seseorang bukan tidak berguna kepada orang lain. Orang berpengalaman akan menaburkan kebijaksanaan dan berharap nasihat yang diujarkan dan jejak-jejak yang dilangkahi dan ditinggalkan akan diteladani. Dengan “… kesungguhan”.
ASKAT: Aku yakin, gemblengan kesedaran tentang pangkalan diri telah menggumpalkan tekad lalu menjadi azimat yang menjelmakan kedewasaan.— at Dewan Sastera, Oktober 1991.

No comments:
Post a Comment