Pantulan 47/14: Meluahkan satu
Teman fbku yang gah namanya menyelak helaian-helaian lama lalu menulis “Surat Teja Kepada Tuah”, Dewan Sastera, Ogos 1991, muka surat 27, seakan mengakui hakikat perasaan puteri itu, “untuk melayani impian yang terlalu biasa” dan sebelum itu, “dan amat biasa bagi seorang wanita.”
Dilema, pada masa-masanya tidak menjadi persoalan kalau hanya bersifat peribadi. Tiada pun merugikan, sama ada sesuatu tetap terjadi lantaran dibiarkan menjadi kenyataan. Tetapi jika, walaupun dianggap dilema, dibiarkan berlaku, akibatnya tentu sekali tidak mententeramkan, sekurang-kurangnya kepada satu atau sesuatu pihak. Renungkanlah, bahawa kita memikul amanah menjaga integriti dan kedaulatan negara dan kita juga ada keperluan peribadi. Pemikulan amanah negara dengan sempurna membahagiakan semua (termasuk rakyat) tetapi kegagalan mendukungnya tanpa berbelah bahagi akan merendahkan tahap prestasi dan tentulah ternampak pada natijahnya yang tidak mencapai piawai. Pemikul amanah itu sudah terang belum cukup berwibawa menggalas perintah seri paduka. Dalam konteks bernegara, berkhidmat dan ‘saya yang menurut perintah’ maka kepentingan ‘tanggungjawab dan tugas-tugas rasmi mengatasi, dan adalah selaras dengan pendirian itu untuk memetik apa yang dirumuskan seupayanya oleh penyajak bijaksana Zurinah Hassan, “Tuah bukan lelaki biasa/…/Tuah lahir untuk menjadi wira”. Tuah telah mentafsirkan begitu dan saya percaya menepati sewaktu itu. “Legenda” menjelma dan tragedi seakan tuntutan tak terelakkan.
ASKAT: Tiada yang semulia itu pada ukuran negara. Lainlah kalau kita tidak hendak memisahkan kepentingan rasmi dan peribadi, seakan sebati bersepadu satu. Pengalaman sendiri memperkukuh, dan merentakkan reaksi.
(Nota: Saya tidak dapati sajak ini dalam “Salasilah” (2005) untuk digandingkan dengan “Surat Teja ke Inderapura”). — at Dewan Sastera, Ogos 1991.

No comments:
Post a Comment