Iklan Buku Terbitan DBP
Teryata Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan majalah Dewan Masyarakat untuk mengiklankan buku-buku penerbitannya secara lebih menarik. Sungguhpun pengiklanan ini dibuat juga melalui majalah Dewan Bahasa, ia lebih hambar kerana tidak berwarna.
Berdasarkan koleksi peribadi, seawalnya melalui Dewan Masyarakat, Jilid 1, Bilangan 4 – 15 Disember 1963, saya mengesan beberapa helaiannya untuk periklanan. Sebagai contoh, pada halaman dalam kulit hadapan, gambar-gambar berwarna buku, “Selampit”, “Cerita Raja Dera” dan “Cerita Si Gembang” telah dipaparkan.
Di halaman dalam kulit belakang pula, buku-buku “Nakhoda Tenggang”, “Singapura Di Langgar Todak” dan Batu Belah Batu Bertangkup” yang dipaparkan.
Pada kulit belakang empat buah buku diiklankan iaitu “Tawarikh Awal Tamadun dan Orang-orang Yang Termasyhur”, “Tawarikh Tanah Air Kita”, “Tawarikh Manusia dan Kemajuan”, dan “Atlas Sekolah Rendah Tanah Melayu”.
Kalau kita perhatikan lagi, dalam halaman-halaman lain pun, Dewan Masyarakat Bilangan 4, masih juga mengiklankan buku-buku lain dimuatkan secara berasingan; dipaparkan buku “Membaca dan Berfikir”, “Bahasa dan Kebangsaan”, majalah “Dewan Bahasa ” dan gambar-gambar lambakan buku-buku terbitan DBP yang lain.
No comments:
Post a Comment