Friday, 31 August 2018

Ishak Haji Muhammad

Doktor Kesusasteraan
“Melayu bukan, Malaysian pun bukan,/Cina bukan, Indian pun bukan,/inikah akar-akar yang mengaku rotan?/Atau kaca-kaca yang mengaku intan?”
(Lihat, Ishak Haji Muhammad, “Dang Nila Memangku Puan Sindir Tajam Penyair Melayu”, (Ucapan di Majlis Pengurniaan ijazah Doktor Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 29 Jun 1973), Dewan Sastera, Julai 1973, muka surat 12-13, 52.
Comments
Ahmad Said Dilaporkan Pak Sako menolak “Anugerah Budayawan GAPENA” pada 16 September 1987. Pada 5 Oktober 1987, “Malam Menghargai Jasa Pak Sako” diadakan di Balai Budaya DBP yang dianjurkan oleh sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Syed Husin Ali. Sebilah keris berumur 120 tahun dan cek bernilai $5,000 telah diserahkan kepada beliau. Kemudian, pada 15 Oktober 1987, sempena Hari Sastera Kesembilan di Kuantan, Dewan Persuratan Melayu Pahang menganugerahkan beliau ”Sasterawan Rakyat” bernilai $30,001 (iaitu melebihi seringgi nilai Anugerah Sasterawan Negara sebanyak $30,000). (lihat, Norlela Yunus, “PaK Sako Tolak Anugerah Budayawan”, (Budaya Rama), Dewan Budaya, November 1987, muka surat 40-41).
Manage
Reply2w
Ahmad Said Dalam “Sorotan ‘87”, Dewan Masyarakat, Disember 1987 melaporkan Dr. Ishak Haji Muhammad, 78 tahun, menolak Anugerah Budayawan GAPENA kerana “Anugerah itu tidak setimpal dengan jasa dan sumbangannya.”
Manage
Reply2w
Ahmad Said “Cerpen-cerpen Pak Sako”, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, seperti diiklankan di kulit belakang Dewan Sastera, Mac 1988.
Manage
Reply1w
Ahmad Said Saya petik salah satu rangkap pantun yang digubah tentang Pak Sako:
“Cerita dikarang memberi semangat, 
Darah meluap menjadi hangat, 
See more
Manage

No comments:

Post a Comment