Friday, 31 August 2018

Esei/Kritikan Sastera

Esei/Kritikan Sastera
Dalam sedekad, 1950-an, tersenarai 462 esei/kritikan sastera yang terdaftar. Saya cuba mengenal pasti penulis yang paling prolifik di antara mereka dengan masing-masing yang dinamakan, hendaklah telah menulis sekurang-kurangnya 10 esei/kritikan ke atas (kategori 1 -prolifik), 5 hingga 9 (kategori 2 - sederhana prolifik), 4 atau kurang (kategori 3 - tidak prolifik).
Kategori 1 - Prolifik
(i) ASRAF (Asraf bin Haji Abdul Wahab) – 44 esei (mulai Mei 1950 hingga 11 Disember 1955).
(ii) Abdul Salam (Abdul Salam bin Yub) – 30 (mulai 1 Mac 1952 hingga 31 Disember 1955).
(iii) Hamzah (Abdul Majid bin Hussein) – 26 (7 Januari 1950 hingga 15 Januari 1956).
(iv) Awm-il-Sarkam (Abdul Wahab bin Muhammad) – 19 (mulai 3 September 1950 hingga 2 Februari 1953).
(v) Zubir Osman – 19 (mulai Februari 1950 hingga Februari 1954). Termasuk ‘Atheis’ pada Februari 1950.
(vi) Tongkat Warrant (Usman bin Awang) – 18 (mulai 18 Februari 1951 hingga November 1957).
(vii) A. Samad Ahmad – 17 (mulai September 1957 hingga September 1959)
Kategori 2 – Sederhana Prolifik
(i) Bachtiar Jamily – 8 (mulai 10 Januari 1951 hingga 30 Disember 1951).
(ii) Masuri S.N. – 8 (mulai Disember 1950 hingga Disember 1954).
(iii) Abu Zaki (Fadhil) – 7 (mulai 21 Jun 1952 hingga 30 September 1955).
(iv) Kassim Ahmad – 7 (mulai Julai 1958 hingga Disember 1959).
(v) S. Othman Kelantan – 7 (mulai 27 November 1954 hingga 26 November 1955).
(vi) Zain Adham – 6 (mulai 21 Disember 1952 hingga Jun 1954).
(vii) Syed Nasir bin Ismail – 5 (mulai November 1957 hingga Oktober 1959).
(viii) Kamal – 5 (mulai 22 Julai 1950 hingga April 1954).
(ix) Masmera – 5 (mulai 3 Januari 1953 hingga Januari 1955).
Daripada 145 individu + 8 Lidah Pengarang terhasil 462 esei/kritikan sastera. Pun, didapati 16 orang (iaitu 10.5%) (daripada 145 penulis individu +8 lidah pengarang) menulis sejumlah 50% (231 esei) yang tersenarai. Mereka yang lain mengarang 4 esei atau kurang daripada itu.
Dari segi pelibatan menulis, individu-individu terawal menulis esei/kritikan sastera ialah:
(i) Ariffin Hakim, pada 7 Januari 1950 dalam Hiburan, 125.
(ii) Hamzah (Abdul Majid bin Hussein), pada 7 Januari 1950, Hiburan 125.
(iii) Rosmera (Munir bin Ali), pada 7 Januari 1950, Hiburan 125.
(iv) Suara Pemimpin Majalah Mutiara, Januari 1950, Mutiara.
(v) Pemerhati 22 Januari 1950, Utusan Zaman.
(vi) Zubir Osman, pada Februari 1950, Mastika.
(vii) Ahmady Asmara, (Ahmad bin Ismail), 25 Mei 1950, Hiburan 158.
(viii) ASRAF, pada Mei 1950, Mastika.
(ix) Rencana Pengarang Majalah Hiburan, pada 20 Mei 1950, Hiburan 144.
(x) Kamal, pada 22 Julai 1950, Utusan Zaman.
(xi) MYM (Muhammad Yusuf bin Mustafa), pada 29 Julai 1950, Hiburan 154.
(xii) Awam il-Sarkam, 28 Ogos 1950, Utusan Zaman.
(xiii) Abdul Rahman, 3 September 1950, Utusan Zaman.
(xiv) Tun Idar, 3 September 1950, Utusan Zaman.
(xv) Pemberita Kita, pada 1 Oktober 1950, Utusan Zaman.
(xvi) Rencana Pengarang Utusan Zaman, pada 22 Oktober 1950, Utusan Zaman.
(xvii) Masuri S.N., pada 5 November 1950, Utusan Zaman.
(xviii) Belia Malaya (Harun bin Muhammad Hassani) pada 16 Disember 1950, Hiburan Bil. 174.
(xix) Ibnu Haji Nor (Abdul Jalil bin Haji Nor) pada 30 Disember 1950, Hiburan 176.
(xx) Mas (Muhammad Ariff Ahmad) pada 30 Disember 1950, Hiburan 176.
(Rujukan: Muhammad Isa Ismail & Abdul Halim Othman, “Esei/Kritik Sastera Melayu tahun-tahun Lima Puluhan (1950-1959): Satu Senarai Rujukan”, Dewan Bahasa, Mac 1976, muka surat 171-190).
Comments
Ahmad Said “Hingga ke tahun 1950-an kegiatan kesusasteraan hanya merupakan satu perkembangan bersifat satu hala. Ada establishment penulis yang memandang bahawa padanya ada tugas mencipta dan dasar kepuasan adalah dirinya bukan kesan daripada pembaca. Ia adalah establishment kerana padanya adalah jentera melahirkan tanpa kesediaan untuk mengukur darjah keupayaan dan kejayaan penciptaannya. Kerana sebelum itu demikian rupanya arena kesusasteraan. Tidak ada teori penciptaan, teori penilaian dan peminatan.” (Lihat, Ali Ahmad, “Kritikan: Siapa Menggugat Siapa Tergugat?”, (sastera), Dewan Masyarakat, Julai 1976, muka surat 35 ( 34-35).

No comments:

Post a Comment