Friday, 31 August 2018

Nasib bahasa

Jadi Sejarah
Dari segi perakaman sejarah perjuangan bahasa Melayu, keluaran majalah Dewan Masyarakat, Jilid XIX, Bil. 7, Julai/Ogos 1981 adalah bernilai tinggi. Majalah setebal 152 halaman ini merupakan naskhah sambutan Jubli Perak penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Di samping itu, diperhatikan sejumlah 20 agen dan pengedar serta syarikat pencetak/swasta mendukung penerbitan ini dengan memasukkan iklan perniagaan masing-masing sehelai halaman penuh setiap satu.
Comments
Ahmadfadzil Yassin Dalam edisi khas ini tim editorialnya terdiri dpd Datuk M. Noor Azam selaku Ketua Pengarang, Ahmad Fadzil Yassin Pengarang, Abdul Ahmad dan Jaafar Rahim sbg Penolong Pengarang. Teruja juga kami ketika itu kerana diberi kepercayaan menyediakan dan menyiapkan majalah yg kami anggap "flagship" DBP.
Manage
Reply38w
Ahmad Said Rencana Pengarang Pengasuh, Bilangan 322, Januari 1960 berjudul “Menyambut Minggu Bahasa Kebangsaan”, muka surat 3. Ia ada memetik pandangan Tuan Syed Nasir bin Ismail, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka merangkap Pengerusi Pusat program itu. Di samping itu, Pengasuh sendiri menulis, “Oleh itu kepada seluruh rakyat kita anjurkan supaya sungguh-sungguh menginsafi betapa pentingnya bahasa kebangsaan dan rasmi yang satu sahaja di tanah air kita, demi keselamatan dan kebahagiaan masyarakat tanah air kita, dan kita berseru berilah sokongan yang sepenuhnya bagi menjayakan tujuan Minggu Bahasa Kebangsaan ini, dengan meletakkan sepenuh keazaman dan keyakinan bahawa zaman pelaksanaan bahasa kebangsaan dan rasmi di tanah air kita telah tiba dan zaman pendewaan bahasa Inggeris telah berlalu.”
Manage
Reply36w
Haris Hussin Ada menatap keluaran khas ini..koleksi peribadi takder..
Diharapkan semangat dan roh perjuangan memartabatkan bahasa terus mekar dan bersemarak..
Manage
Reply36wEdited
Ahmadfadzil Yassin Honoured to be part of the Editorial team for this special edition under the leadership of Datuk M. Noor Azam
Manage
Reply36w
Ahmad Said Kepada soalan, “Bagaimana pula kedudukan pelajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah di Singapura?”, Masuri S.N. menjawab, “Sekarang, kerana ibu bapa menghantarkan anak-anak mereka ke sekolah-sekolah Inggeris maka dengan sendirinya bahasa Melayu mula menjadi bahasa Kedua. Jadi sekolah-sekolah Melayu yang betul-betul menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantarnya makin berkurangan. Oleh kerana tidak adanya ibu bapa Melayu menghantarkan anak-anaknya ke sekolah Melayu, maka sekolah-sekolah itu bertukar menjadi sekolah Inggeris.” (Lihat, wawancara Salmiah Ismail dengan beliau, “Masuri S.N.: Masa Depan Bahasa dan Sastera Melayu di Singapura”, Dewan Sastera, Mac 1981, muka surat 28 (24-28). Demikian hampir 37 tahun dahulu.
Manage
Reply34w
Ahmad Said Saya paparkan langkah-langkah yang hendak diambil DBP sebagai keutamaan “untuk meletakkan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dan wadah fikiran tinggi?” 
(Sumber: Wawancara DM dengan Haji Abdul Rahim bin Abu Bakar (ARAB), Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Dewan Masyarakat, Mac 1987, muka surat 18-20).
Manage
Reply3w
Ahmad Said Dipaparkan “11 Resolusi Dari Konvensyen Bahasa Kebangsaan” yang diadakan di Universiti Malaya pada pertengahan Julai 1987. (Lihat “Diari Peristiwa”, Mastika, September 1986, muka surat 5).
Manage

No comments:

Post a Comment