Friday, 31 August 2018

Siti Jasmina Ibrahim

Prolifik, mantap dan gemerlap
Sudah belasan tahun nama karyawan Siti Jasmina Ibrahim menghiasi persada persuratan tanah air. Beliau tidak pernah memudar dalam menulis bahkan tergolong sebagai salah seorang dari kelompok kecil pendahulu sebahagian besar karyawan lain. Kegigihan berkarya atau menulis sudah sebati dengan dirinya. Daripada sedikit pembacaan terhadap karya-karya/tulisan beliau tidak dibimbangi lagi beliau akan kekal berada di barisan hadapan. Petanda-petanda yang tertonjol sekian lama seharusnya menjuruskan beliau berada di puncak alam kesusasteraan negara dalam masa yang terdekat, insya-Allah.
Sambil itu, diucapkan ‘Tahniah’ atas kejayaan terkini di majlis HSPM 2015/2016. Pencapaian selama ini meyakinkan. Bahawa, di muka tiada telahan lain tentang potensi kecuali satu demi satu kejayaan. Mudah-mudahan bersusul-susulan.
Comments
Siti Jasmina Ibrahim Masyaa Allah.. kecil lagi saya dalam dunia sastera dan seni ini.. alhamdulillah doa yang baik buat saya.. aamiin.. semoga tuan juga dirahmati dalam hidup... terima kasih saya hargainya ☺️
Manage
LikeShow More Reactions
Reply39w
Ahmad Said Satu tulisan yang sangat-sangat memberangsangkan pernah saya baca ialah, Noordin Hassan, “Siti Jasmina Ibrahim: Sebutir Bintang di Cakerawala Sastera”, (Tanggapan), Dewan Sastera, September 2002, muka surat 46-49.

No comments:

Post a Comment