Friday, 31 August 2018

Rosli K. Matari

Rosli K. Matari
Alhamdulillah.
Dalam karya Rosli K. Matari, Kumpulan Puisi “Hanya Langit Meratap”, Ogos 2015, diketahuilah beliau juga sudah menerbitkan kumpulan-kumpulan puisi yang lain, iaitu, “Tidakkah Kita Berada Di Sana?”, (cetakan pertama 2014; cetakan kedua Ogos 2015); “Matahari Itu Jauh” (2015); “Anak Dusun” (cetakan pertama Disember 2014, cetakan kedua April 2015); “Nun Bulan” (cetakan pertama Disember 2011, cetakan kedua Mac 2012, cetakan ketiga Mei 2013 dan cetakan keempat September 2014). Saya pun tahu, beliau mempunyai antologi puisi bersama-sama Abdul Hadi Muhammad, Azmi Yusoff dan Rahimidin Zahari, berjudul “Abrar”, (2011).
Dokumentasiku menyatakan, ke atas beberapa orang ‘friend’ fbku Rosli ada menulis: “Penyair Besar Yang Tersembunyi” (Karyawan Bulan Ini), Dewan Sastera, Disember 2015, muka surat 14-19. (Betapa cocoknya judul ini untuk menggambarkan bakat besar Rudi Mahmood); “Selamat Berangkat, Muridku”, (Tabir Hayat), Dewan Sastera, Julai 2015, muka surat 40-45, (mengenang Rahimidin Zahari yang berpulang ke rahmatullah pada 14 Mei 2015. Teringat kemesraan dan kesantunan beliau terhadapku ketika satu-satunya kesempatan bertemu di Istana Budaya, sambil beliau seakan sedikit kesal membisikiku lenataran saudara Rudi belum mempunyai antologi peribadi menyedari kemampuan beliau); “Belasungkawa Penyair Lirik Selirih Kenangan”, (Tabir Hayat), Dewan Sastera, Bil. 7 2017, muka surat 29-32, mengabadikan penyair sejati Azmi Yusoff yang mengadap Ilahi pada 11 Mei 2017). (Aku tetap menyimpan sajak-sajak ciptaan mutakhir Azmi yang terus tersiar, walaupun beliau sudah pergi..).
Aku pun membaca juga, Dewan Sastera, November 2016, yang memberikan Rosli K. Matari penghormatan selaku “Karyawan Bulan Ini”. Dalam keluaran ini, penyair mapan ini dibicarakan oleh Abdul Hadi Muhammad, “Rosli K. Matari, Suatu Hari Nanti”, muka surat 17-23; dan, Mohamad Saleeh Rahamad, “Pancaran Intuitif dan Simbolis Nun Bulan”, muka surat 27-32;
Sebenarnya tidak banyak kumpulan puisi yang mempunyai pelbagai cabang kesenian digemblengkan untuk menjadikan ia wujud unik dalam lambakan/kehadiran antologi-antologi yang lain. Masukan-masukan ilustrasi bukan puisi beradun likat tentulah telah difikirkan seteliti-telitinya sehingga kumpulan ini menjadi karya sangat bermakna sebagai koleksi yang akan lebih berharga pada masa yang akan datang.
Tekanan waktu menghambat keupayaanku untuk menekuni puisi-puisi yang terkandung dalam kumpulan ini, walaupun sebuah. Namun, sebagai permulaan, membaca judulnya pun, “Hanya Langit Meratap”, sudah menguja. Tidak pula saya menemui dalam kumpulan ini sebuah sajak berjudul serupa, kecuali sebuah calitan khat (tulisan Jawi) bersaiz besar, bermaksud yang sama, “Hanya Langit Meratap”, muka surat 47. Aku menanggap, demi penonjolan kehadirannya, barangkali pendekatan ini lebih bermakna berbanding sekiranya dipilih salah satu judul-judul sajak yang ada dan mengangkatnya sebagai judul kumpulan puisi ini!
Sembarangan menelusuri hanya kandungannya, muka surat 42-46, aku tertarik untuk menyelami “Tapakmu”, muka surat 132. Tanpa melompat ke halaman sebenar untuk membacanya, aku melayani naluri hendak mengimaginasikan kecenderunganku sendiri, bahawa manusia seharusnya menyedari sejarah kerana ada pengajaran – teladan atau iktibar dari disiplin ilmu ini. Lalu, (baharulah) aku melajak kepada muka surat 132, yang tertera kalimat-kalimat yang menampu kewujudannya (sajak itu) , dan terkesanlah seakan rumusan; bahawa di bawah judul mana pun, kumpulan sajak ini akan mampu mendukung reputasi penyair yang kekal prolifik ini. Dedikasi buat Rahimidin Zahari muncul bermakna dan berharga.
Aku percaya hasrat asal untuk bertiga-tiga mengemblengkan sajak-sajak karya-karya masing-masing itu masih belum wajar dipadamkan kerana, sepaduan usaha Rosli K. Matari dan ya, Rudi Mahmood, diyakini bakal mengombaki samudera puisi tanah air, insya-Allah.
Terima kasih daun keladi, Rosli dan Rudi!
Comments
Rudi Mahmood Alhamdulillah, nanti saya cari naskah lain pula untuk melengkapkan koleksi karya beliau
Manage
LikeShow More Reactions
Reply45w
Ahmad Said Diucapkan ‘Tahniah’ kepada karyawan Rosli K. Matari kerana beliau, “Walau Belum Pernah Tepat” terpilih menerima HSPM 2015/2016. Peristiwa di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 28 November 2017, petang itu saya paparkan sewajarnya.
Manage
LikeShow More Reactions
Reply39w
Ahmad Said Dan, ini sekeping lagi.
Manage

No comments:

Post a Comment