Menepati Citafikir
Alhamdulillah, bersyukur saya kerana dihadiahi sebuah buku mewah, Mohd. Tajuddin bin Haji Abdul Rahman, “Aminuddin Baki di Rumah Persekutuan”, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2013, cetakan pertama, 407 halaman.
Setulus terima kasih dan penghargaan dihulurkan kepada sahabat Abd Jamal Abd Hadi kerana sumbangan berharga ini.
Jika alam persekolahan dikaitkan, sebenarnya alma mater kami terletak tidak berjauhan, kedua-duanya di Cheras. Pun, perbezaan usia tidak memberi kesempatan kami bertemu lebih awal ketika bersekolah dahulu. Hebatnya, persamaan minat terhadap buku menjadikan kami kini saling mengenali.
Sambutan ulang tahun kelahiran menjadi lebih bersejarah kali ini.
No comments:
Post a Comment