Friday, 31 August 2018

Perundingan Baling

Warisan Terbiar
Bilik Perundingan Baling 1955.
Baling, khususnya peristiwa Perundingan Baling 1955 yang gagal itu, saya gredkan sebagai “Gred A” untuk menjadikannya sebagai produk atau tarikan pelancongan NEGARA. Penyaksian terhadap ketidakprofesionalan dan keterbiaran artifak-artifak dan ekshibit-ekshibit peristiwa berskel raksaksa itu di lokasi sekarang sungguh-sungguh mengejutkan.
Kita telah mengabaikan magnet pelancongan ini melepasi rasional fikir rakyat biasa. Sedangkan hairannya, nampaknya pada masa yang sama ada juga kemampuan kita mewujudkan pengurusan wajar terhadap Air Panas Ulu Legong ke tahap munasabah.
Baling boleh melangkah maju lagi dengan tidak mengabaikan anugerah alam dan sejarah yang sedia ada.
Comments
Hall Mann kedah tak promote pun cikgu Khodijah Aziz....carilah duit dari sektor ni
Manage
Reply39wEdited
Khodijah Aziz · 4 mutual friends
Dok meeting ni Dato'
Manage
Reply39wEdited
Ahmad Said Kalau Dato' Hall Mann kebetulan ke sana, luangkan sedikit masa, dan saksikanlah ketidakpedulian tahap ‘jahil’ terhadap sejarah sebenar era moden ini. Ia suatu hakikat yang benar-benar menuntut tularan darjah tinggi.
Manage
Reply39w
Ahmad Said Harry Miller ada menyentuh Persidangan Baling pada 28 Disember 1955. Dalam sesi pertemuan kedua antara pihak Tunku Abdul Rahman dengan pihak Chin Peng, bermula pukul 6.30 petang hingga 8.05 malam, Harry Miller menulis:
“Kenyataan Chin Peng yang akhir s
ekali ialah, “Berdamai ertinya menyerah diri. Menyerah diri ertinya suatu kehinaan. Kami tidak akan menyerah diri tetapi akan berjuang sampai ke titisan darah yang penghabisan.”
Dijawab oleh Tunku, “Kalau saudara tidak mahu menyerah, kami juga tidak sanggup menerima saudara sekalian menjadi rakyat negeri ini. Kalau keamanan hendak dicapai dalam negeri ini, salah satu pihak dari kita mestilah menyerah.
“Saya tidak sanggup membiarkan Malaya menjadi seperti Korea atau Vietnam. Saya sendiri tidak akan menyerah, sebab itu saudaralah yang mesti menyerah diri.” 
Bacalah sebahagian petikan, Harry Miller, “Putera Diraja dan Perdana Menteri” dimuatkan dalam Dewan Budaya, November 1982, muka surat 19.
Manage
Reply25w
Ahmad Said Gambar peristiwa Baling seperti tersiar dalam WIDYA, Ogos 1979.
Manage

No comments:

Post a Comment