askatdi
Friday, 31 August 2018
Revolusi Mental
“Revolusi Mental”
Sepanjang tahun 1971, majalah Utusan Kiblat mengiklankan buku “Revolusi Mental”.
5 Comments
1 Share
16
Samsudin Abu Bakar, Shahrul Effandi and 14 others
Like
Show More Reactions
Comment
Share
Comments
View 1 more comment
Shah Rizan
Mohd Dahri Zakaria
Kita ada sebuah versi hardcover di atas.Namun Utusan Publications ada menerbitkannya kembali
Manage
Like
·
Reply
·
37w
Ahmad Said
“Bangsa kita telah terkenal dan memang diakui kini berada dalam serba kekurangan dan kelemahan di dalam segala segi, lebih-lebih lagi di dalam segi perekonomian dan pelajaran walaupun setelah lahir kemerdekaan kita, usaha ke arah kemajuan dan memulihka
n kemelaratan bangsa Melayu telah diusahakan oleh kerajaan, namun demikian kemajuan dan kemakmuran dalam erti kata yang sebenarnya belum juga kita dapati.
“... ... Dalil yang terang kita dapati beberapa banyak pelajar-pelajar miskin terkandas dalam pelajarannya, mati cita-citanya. Beberapa banyak kedai-kedai perusahaan bangsa kita sendiri lengang dari pembelinya, yang mana berakhir tutup dan bankrap, bukan sedikit pula pengemis-pengemis mengisut letih kelaparan dan meminta sedekah sesuap nasi, seteguk air, dibiar diperhina oleh masyarakat, dan beberapa banyak pula anak-anak yatim yang kerdil tidak mendapat pertolongan dari orang-orang yang berkewajipan, si kaya bermegah dengan kekayaannya, si pembesar-pembesar pula ria dengan pangkat kebesarannya, si miskin jua tinggal dalam kesedihan sering berharap dengan bantuan. Namun demikian harapan hampa menunggu dari semasa ke semasa laksana pungguk merindukan bulan.” (Lihat, Muhammad Abu Al-Shukri, “Dua Tahun Setelah Kita Merdeka”, (Kupasan dan Pandangan), Pengasuh, Bilangan 320, Oktober 1959, muka surat 7-8.
Manage
Like
·
Reply
·
36w
Ahmad Said
“Sayugia jangan kamu terima perkataan setengah daripada kaum kita yang jahil yang mengatakan hati Melayu itu terlebih busuk daripada hati bangsa lain. Bahawa sungguhnya kejadian manusia itu ialah sama seluruh dunia ini dan terkandung di dalamnya akal
dan hawa nafsu yang tiada berlebih-kurang baik jahatnya. Maka perbezaan di antara kita Melayu ini dengan orang-orang sebelah barat seperti Inggeris, Perancis, dan lain-lain bangsa yang duduk pada saf hadapan di dalam medan siyasah, pertukangan, perniagaan, dan sebagainya itu ialah terbitnya daripada ketiadaan pelajaran di antara kita. Maka penyakit kita yang kita Melayu telah menghidap beberapa lama dari zaman datuk nenek sampai ke zaman kita ini ialah ketiadaan pelajaran. Dan di dalam alam ini itulah penyakit yang terlebih besar dan membawa kepada kita beribu-ribu mudarat. Maka otak kita manusia ini hendaklah diasah lebih kurang ibaratnya sama jua seperti sebilah pisau dan batu pengasahnya ialah pelajaran.” (Pengasuh, 20 Oktober 1918 seperti dipetik dalam Abdullah Zaidi Hassan, “Kelantan sebagai Pbdhr Ilmu Perladungan Kepandaian: Tinjauan Awal Berdasarkan Kandungan Majalah Pengasuh 1918—1923” dalam, A. Aziz Deraman (penyusun), “Peradaban Melayu Timur Laut Memperkasakan Warisan Persuratan Melayu”, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010, cetakan pertama, muka surat 149-150 (145-182).
1
Manage
Like
·
Reply
·
35w
Ahmad Said
Kalau dibaca rencana pengarang “Penyedar”, Tahun 1, Bilangan 1, 15 Jun 1946, yang diterbitkan di Kota Bharu, Kelantan, berjudul “Kesedaran Semangat Pengorbanan” terdapat seruan, “Apa yang telah kami sajikan di dalam keluaran kali ini kepada sidang pemb
aca yang budiman maka adalah diharap bahawa menjadi sambutan dan penerimaan yang diiringi dengan penuh sokongan daripada tuan-tuan sekalian.
“Penyedar”bagi langkahnya yang pertama sudah barang tentu dapat peluang menzahirkan cita-citanya yang suci murni, iaitu cita-cita hendak menanam perasaan kesedaran dan bangkitan semangat pengorbanan mencintai tanah air dan bangsa. Langkah yang kedua, melembagakan rupa kesedaran: kesedaran politik, kesedaran soal penghidupan, kesedaran ilmu pengetahuan dan kesedaran hal ehwal pergaulan dan pergerakan umum. Keempat-empat kesedaran ini adalah menjadi suatu soal yang amat penting sekali di dalam tawarikh kemajuan bangsa-bangsa di dunia. Dunia maju dan meriak kepada tingkat ketinggian hari ini ialah dengan adanya kesedaran yang tersebut di kalangan bangsa-bangsa.”
(Lihat, lihat, Abdul Rahman Al-Ahmadi, “Sejarah Penerbitan Surat-surat Khabar dan Majalah-majalah di Kelantan (1910-1970)”, dalam Warisan XII, muka surat72 (54-99).
No comments:
Post a Comment
Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment