Enam puluh enam
Pada hari ini genaplah umur Masehiku 66 tahun. Selain untuk maksud itu, tiadalah apa-apa kelainannya hari ini berbanding hari-hari yang lain. Kelangsungan pengalaman seperti selama ini dilalui hampir tiada perbezaannya.
Begitu pun, aku perhatikan teman-teman fb mengirimkan ucapan selamat sentosa sempena peningkatan usia ke takah ini. Kepada semua teman aku ucapkan terima kasih atas ingatan ikhlas dan perutusan yang baik-baik tersebut.
Aku bersyukur atas rahmat Allah SWT memanjangkan usia sampai kini sambil melimpahkan rezeki yang berterusan tanpa kekurangan apa pun. Bertuah pula, sambil itu beroleh lagi keizinan menjalani kehidupan bersama-sama keluarga dengan sejahteranya.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Gambar hiasan menunjukkan pertambahan kesibukan diri sekarang berbanding tiga empat tahun lepas.]
No comments:
Post a Comment