Friday, 31 August 2018

Saiful Bahari

Saiful Bahari
Beliau mencipta lagu“Semalam Di Malaya”. Tokoh ini lahir pada 19 September 1924 dan meninggal dunia pada 5 Disember 1976.
(Sumber: Usman Awang, “Saiful Yang Berbakti Untuk Indonesia-Malaysia”, Dewan Masyarakat, Februari 1977, muka surat 40-41)
Comments
Isahak Haron Saiful Bahri seniman pemuzik, pencipta lagu2...Beliau pernah ketuai Okestra Radio Republik Indonesia melawat Tanah Melayu dan buat pertunjukan Okes di KL, Penang, Kuala Kangsar dsb. Mencipta lagu bagi setiap tempat. Lagu 'Semalam di Malaya' menjadi popular n klasik.
Manage
Reply33w
Isahak Haron Lawatan Saiful pertama 1959; kedua 1963-67(?) ke RTM.
Manage
Reply33w
Ahmad Said Sekitar tahun 1965 satu forum tentang perkembangan muzik tanah air semasa diadakan di Dewan Masyarakat, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Ahli-ahli panel terdiri dari P. Ramlee dan Saiful Bahri. Forum dipengerusikan oleh Ariff Ahmad, Pengarah Kebudayaan, ketika itu. Dilaporkan, “Saiful Bahri antara lain mengingatkan bahawa seni di Malaysia akan menjadi ‘Quo Vadis’ jikalau gejala-gejala yang kian menular itu tidak dibendung [irama Hindustan, Yeah-yeah, irama-irama gitar rancak]. Satu cara yang difikirkan boleh dilakukan untuk itu ialah dengan penubuhan sebuah orkestra simfoni.”
Orkestra Simfoni Muda ditubuhkan pada April 1982 dan telah dilancarkan pada 4 Mac 1983 di bawah kelolaan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Pemimpin, jurulatih dan konduktornya ialah Abdul Fatah Karim. Bacalah, A. Mues Jabal, “Orkestra Simfoni Muda Pengubat Muzik Yang Sumbang”, (Muzik), Dewan Masyarakat, April 1983, muka surat 22-24.

No comments:

Post a Comment