Friday, 31 August 2018

KedaSari

Kedai Sehari
Sejak kecil sampai sekarang “Kedai Sehari” di kampungku berterusan pada hari Khamis setiap minggu. Hanya lokasinya beralih, lebih dekat dengan tapak rumah pusaka yang masih ada di kampung kelahiranku. Aku masih dapat membeli makanan kegemaran, “Kato” yang kini berharga RM2 berbanding ketika aku masih di sekolah rendah, berharga 30 sen (kalau tidak silap ingatanku). Ketika ibu masih ada, setiap aku balik kampung, Kato itu tetap dibelinya untuk kunikmati.
Yang menarik, novel-novel pun ada dijual bersama-sama hasil-hasil tani yang lain. Kebetulan sempat kulihat beberapa orang gadis membelinya. Ketika kutanya penjualnya, harga novel-novel terpakai itu sampai RM10 sebuah dan kalau dua mencecah RM15. Sebagai pengunjung pesta-pesta buku yang tegar, kukira harga-harga yang ditawarkan sedikit mahal!
Comments
Shah Rizan Agak asing di Kedai Sehari(baca:Sari) atau Pasar Tani di pantai Timur khasnya Besut kita ini peniaga menjual novel bersama-sama kuih muih ,itu sudah dikira satu transformasi mutakhir ini di bumi Besut tercinta cc:Mohd Dahri Zakaria
Manage
LikeShow More Reactions
Reply42w
Mohd Dahri Zakaria Tak pernah jumpa lagi. Menarik ni
Manage
LikeShow More Reactions
Reply42w
Ahmad Said Boleh jadi pada hari itu, pendapatan penjual berkenaan lebih banyak dari jualan novel-novel berkenaan. Hanya, saya tidak yakin ia akan berpanjangan. Dibimbangi, kumpulan pembeli merosot dan ‘Keda Sari’ itu berwajah lama semula.

No comments:

Post a Comment