Monday, 6 May 2013

Ensiklopedia Sedutan Ehwal Bahasa (4)



42 tahun dulu, Dr Asmah Haji Omar menulis, “…Istilah untuk mendokong sesuatu konsep dicipta oleh sarjana yang mula-mulamenemukan konsep itu.  Tetapi bagi bahasaMalaysia yang baru membangun dalam bidang ilmu dan pelajaran tinggi, penciptaanistilah memerlukan ahli-ahli linguistik untuk membantu sarjana-sarjana tertentudalam mencipta istilah dalam bidangnya sendiri. Mungkin dalam 40 atau 50 tahun akan datang manakala bahasa Malaysia sudahkukuh pendiriannya  sebagai bahasa pengantardalam pelajaran tinggi, jawatankuasa istilah tidaklah diperlukan lagi.” (Lihat  Bahasa Malaysia dan Pelajaran Tinggi, Dewan Bahasa, Jun 1971, muka surat 248)

ASKAT: Analisiskan pernyataan ini berdasarkansuasana semasa. 

Ensiklopedia Sedutan Ehwal Bahasa (3)


Keluaran majalah Dewan Bahasa,  Januari 1971 memasuki tahun ke 15penerbitannya. Elok kita baca penilaian redaksinya sendiri: 

“Nombor pertamamajalah ini telah diterbitkan pada 1 September 1957, … Selama 15 tahun DewanBahasatelah mencuba seberapa daya untuk memenuhi tujuan-tujuan yang termaktubdi dalam kata-kata aluan yang ditulis oleh Tuan Syed Nasir Ismail, Pengarah DBPpada waktu itu. Sebahagian besar daripada tujuan-tujuan yang urgent pada waktuitu telah dapat dipenuhi dalam peringkat pertama perjuangan menegakkan bahasaMelayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.  Sekarang ketika merayakan hari lahirnya yangke 15 Dewan Bahasa sudah lebih banyak memusatkan perhatiannya kepada bahasa dankesusasteraan yang menjadi tujuan dasarnya, …”(muka surat 1-2)   

Ensiklopedia Sedutan Ehwal Bahasa (2)


Kata Syed Nasir Ismail, “…bahawa sikap kitayang sewajarnya dalam hal menghidupkan dan menyuburkan perkembangan bahasakebangsaan ini ialah bekerja, bekerja dan terus bekerja.  Mengisi segala lapangan pekerjaan dalam usahamenyuburkan perkembangan bahasa kebangsaan itu lebih bererti untuk mencapai keinginanmenghapuskan pengaruh bahasa Inggeris … … Pendeknya sikap Dewan Bahasa danPustaka: bekerja, bekerja dan bekerja terus itu hendaklah menjadi sikap kebangsaanseluruhnya – termasuk masyarakat dan alat-alat Kerajaan sekali.” (Lihat majalahDewan  Bahasa, September 1960, muka surat438-439, sempena genap tiga tahun majalah ini).

Ensiklopedia Sedutan Ehwal Bahasa (1)



Daripada mengarang sendiri lagi pula mengulang-ulang,baiklah kusalinkan pandangan bestari tersohor: 

“Pengaruh lainnya berkenaan denganpertumbuhan bahasa ialah apa yang di sini dapat disebut dengan kedudukan golonganyang memakai bahasa.  Kita lihat di dalamsejarah masyarakat ada bahasa-bahasa yang tidak maju dan turun, tidak dihargai orang,tidak dipakai orang banyak hingga lambat laun bahasa itu mati.  Ada pula bahasa-bahasa yang tumbuh naik.  Sebabnya yang terpenting ialah bahawa bahasa itudipergunakan oleh orang-orang dan golongan-golongan yang berkuasa dan yang terhormatdalam masyarakat tersebut.  Kalau bahasa itutidak dipergunakan oleh orang-orang atau golongan-golongan yang dianggap terhormatdan memimpin dalam masyarakat maka bahasa itu lambat laun akan mundur ke belakanghingga akhirnya lenyap.  Ini sebabnya diperjuangkanbahasa Melayu itu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.  Kalau bahasa Melayu dijadikan bahasakebangsaan dan bahasa rasmi dengan sendirinya golongan-golongan yang di atas, golonganpemerintah dan golongan yang memegang kekuasaan akan memakai bahasa itu.  Pengaruhnya besar terhadap masyarakat dan kalautidak demikian lambat laun berkuranglah pengaruhnya.  Keadaan demikian dapat kita lihat di zaman penjajahdahulu.   Oleh kerana bahasa Inggeris itudibesarkan, oleh golongan yang berkuasa, sebagai satu-satunya bahasa yang penting,maka penghargaan orang terhadap bahasa sendiri kurang.  Oleh kerana penghargaan kurang terhadap bahasasendiri maka bahasa itu tidak banyak dipergunakan dalam bidang-bidang ilmu-ilmudan pengetahuan-pengetahuan yang baharu. Bahkan ada pula yang tidak mementingkanbahasa sendiri oleh kerana sudah dianggapnya dahulu sedari mulai belajar bahawayang penting itu adalah bahasa lain bukan bahasa sendiri.  Demikianlah pengaruh golongan yang memerintah.  Telah kita lihat bahawa pengaruh kedudukan golonganyang memakai bahasa itu penting.  Kalau golonganatas memakai bahasa pengaruhnya ke bawah besar dan begitu juga dalam soal-soal masyarakatlainnya.” 

(Lihat Drs. Syed Hussein Alatas, “Bahasa dan Pertumbuhannya”, Dewan  Bahasa, Mac, 1959, muka surat 116). 

Saturday, 27 April 2013

Majalah Dewan Bahasa, Jilid I Bilangan I, September, 1957


Aku mempunyai koleksi yang hampir lengkap majalah Dewan  Bahasa, bermula dengan Jilid I, Bilangan 2 – Oktober 1957. Sayang sekali keluaran sulung, Jilid I Bilangan I, September, 1957  tiada dimiliki. Lalu kusemak buku susunan Teh Zahariah bt. Jahidin “Faharasat Majallah Dewan  Bahasa 10 Tahun (September 1957 – Disember 1966), DBP 1968. Maka dapatlah kuaturkan kandungan majalah ini keluaran terawalnya seperti berikut:

(1)    Syed Nasir bin Ismail, Merdeka: Masalah-masalah Bahasa Yang Ditimbulkannya, muka surat 9-12;
(2)    Za’ba, Memajukan Bahasa Melayu dan Kesusasteraannya, muka surat 13-37;
(3)    C. Skinner, Mempelajari Kesusasteraan di Universiti Malaya, muka surat 38-43;
(4)    A. Samad Ismail, Memperkatakan Novel Sepintas Lalu, muka surat 44-50;
(5)    A. Samad Ahmad, Mempelajari Sejarah Kesusasteraan Lama Melayu, muka surat 51-57;
(6)    Pengetahuan Bahasa Melayu, Rasa dan Gaya Bahasa, muka surat 58-60;
(7)    Muhammad bin Haniff, Istilah-istilah Baharu, muka surat 61-65;
(8)    Istilah-istilah oleh Jawatankuasa Istilah DBP, Istilah Ilmu Ukur (Geometry) dan Algebra, muka surat 66-67;
(9)    Istilah Pentadbiran dan Urusan Kerajaan, muka surat 67-68.

Saya selidiki bahawa majalah Dewan  Bahasa, Jilid I Bilangan 2 bermula dengan muka surat 71 dan berakhir dengan muka surat 116 mengandungi 48 halaman. Ini bermakna keluaran sulung lebih banyak halamannya. Hanya tidak dapat kukesani kandungannya untuk muka surat 1-8. Buku “Faharasat” tidak menyebutnya. Boleh jadi mengandungi alu-aluan sempena penerbitannya.   

Thursday, 21 March 2013


Perjalanan

Perjalanan ini
demi mengeratkan
kerana berjauhan di mata
walau teringat di hati
 berbeza  
tidak serata
di kalangan saudara
di kota
di desa.

Perjalanan ini
kerap
tegap
tetap
sedang usia sendiri
dihisap tipis. 

Saturday, 12 January 2013

Sajak Seabad (13.1.1913-12.1.2013)




Sajak
seratus tahun berlalu
lahirmu dalam sunyi  
melerai simpulan tradisi
wahana mencetus rumus
sesuai tuntutan terkini

Menapak remaja
mercup subur
mendegup luhur
suara batin  
serba nada
ada bersiulan
ada merayu
ada menyeru
endah masyarakat
cicir di belakang  
sedang jasad
dalam penjara

Menapak dewasa
bela maruah di lembah
kental semangat angkat darjat
didih gelora tuntut kuasa
tekad merdeka
setara bangsa ternama

Seratus usiamu
ukirlah hasil fikir
mendenyuti nadi
warga watani
limpahilah khazanah
setara usia. 

Kampung Tunku
Petaling Jaya
12.1.2013
11.50 malam.