Friday, 31 August 2018

Melayu Layu - SENEX

SENEX – Pengkritik Masyarakat Melayu 123 tahun dulu
Diakui Abdullah Munsyi banyak mengkritik masyarakat Melayu melalui tulisan beliau. Namun, beliau tidak mendapat ‘pengikut’ kecuali orang bukan Melayu bernama “SENEX”. Melalui 11 siri tulisan beliau dalam akhbar “Bintang Timor” bermula pada 4 Oktober 1894, SENEX mengkritik orang-orang Melayu khususnya sebab-sebab kemunduran mereka iaitu seperti berikut:
1. Selalu berkukuh di dalam adat nenek-moyang “biar mati anak, adatnya tak mahu diubah”. Katanya.
2. Memadai keadaannya itu.
3. Berkukuh di atas perkataan “yang seleng tak boleh jadi secupak”.
4. Tiada mahu mengambil tahu kesedapan ilmu.
5. Beriri-iri hati.
6. Takbur.
7. Cemburuan dan dengki
8. Malas
9. Zalim
10. Tamak.
(Lihat, “Mengapa Melayu Layu………?”, Kritik, Bil. 3, Mei/Jun 1976, muka surat 4-6, 42).
Comments
Ahmad Said Ketika mengulas buku Malik Munip, “Tuntutan Melayu”, Sarjana Enterprise, Kuala Lumpur, 1982, Norazit Serlat menulis, “Seorang ahli sejarah Melayu tidak seharusnya sentiasa memandang ke belakang tentang zaman kegemilangan orang Melayu, kerana ia tidak memberi apa-apa manfaat kepada orang-orang Melayu di masa ini. … kita seharusnya mengkaji masalah orang Melayu pada masa ini – persoalan tentang kemiskinan dan kemunduran mereka di negara mereka sendiri. Kita mesti memikirkan tentang masa depn orang-orang Melayu. Hidup matinya orang-orang Melayu bergantung kepada perjuangan dan rasa insaf orang-orang Melayu generasi ini.” Lihat Dewan Budaya, Mei 1982, muka surat 54.
Manage
Reply25w
Reply25w
Ahmad Said Tidak banyak yang dapat dikesan tentang Senex. Beliau boleh jadi seorang penulis Baba peranakan atau boleh jadi juga seorang Melayu. Mengikut Ahmat Adam, tulisan tentang “Mengapa Melayu Layu” tersiar dalam akhbar “Bintang Timor” dari No. 82 hingga No. 93 (5 Oktober-18 Oktober 1894). Nampaknya, tulisan mengenai orang-orang Melayu ini “telah dicedok dengan sedikit perubahan dari segi gaya bahasanya oleh pengarang surat khabar peranakan, Bintang Timor, yang terbit di Singapura pada tahun-tahun 1894-1895.” Sumber cedokan itu ialah majalah “Pungutib segala remah pungatauan (Malay Gleaner)”. 
Bacalah, Ahmat Adam, “Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah Melayu Abad Kesembilan Belas”, Penerbit UKM, 1994, cetakan kedua, muka surat 26.
Manage
Reply24w
Yusli Yunus Dari sumber sumber lain ada tak tuan...
Manage

Nasib bahasa

Jadi Sejarah
Dari segi perakaman sejarah perjuangan bahasa Melayu, keluaran majalah Dewan Masyarakat, Jilid XIX, Bil. 7, Julai/Ogos 1981 adalah bernilai tinggi. Majalah setebal 152 halaman ini merupakan naskhah sambutan Jubli Perak penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Di samping itu, diperhatikan sejumlah 20 agen dan pengedar serta syarikat pencetak/swasta mendukung penerbitan ini dengan memasukkan iklan perniagaan masing-masing sehelai halaman penuh setiap satu.
Comments
Ahmadfadzil Yassin Dalam edisi khas ini tim editorialnya terdiri dpd Datuk M. Noor Azam selaku Ketua Pengarang, Ahmad Fadzil Yassin Pengarang, Abdul Ahmad dan Jaafar Rahim sbg Penolong Pengarang. Teruja juga kami ketika itu kerana diberi kepercayaan menyediakan dan menyiapkan majalah yg kami anggap "flagship" DBP.
Manage
Reply38w
Ahmad Said Rencana Pengarang Pengasuh, Bilangan 322, Januari 1960 berjudul “Menyambut Minggu Bahasa Kebangsaan”, muka surat 3. Ia ada memetik pandangan Tuan Syed Nasir bin Ismail, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka merangkap Pengerusi Pusat program itu. Di samping itu, Pengasuh sendiri menulis, “Oleh itu kepada seluruh rakyat kita anjurkan supaya sungguh-sungguh menginsafi betapa pentingnya bahasa kebangsaan dan rasmi yang satu sahaja di tanah air kita, demi keselamatan dan kebahagiaan masyarakat tanah air kita, dan kita berseru berilah sokongan yang sepenuhnya bagi menjayakan tujuan Minggu Bahasa Kebangsaan ini, dengan meletakkan sepenuh keazaman dan keyakinan bahawa zaman pelaksanaan bahasa kebangsaan dan rasmi di tanah air kita telah tiba dan zaman pendewaan bahasa Inggeris telah berlalu.”
Manage
Reply36w
Haris Hussin Ada menatap keluaran khas ini..koleksi peribadi takder..
Diharapkan semangat dan roh perjuangan memartabatkan bahasa terus mekar dan bersemarak..
Manage
Reply36wEdited
Ahmadfadzil Yassin Honoured to be part of the Editorial team for this special edition under the leadership of Datuk M. Noor Azam
Manage
Reply36w
Ahmad Said Kepada soalan, “Bagaimana pula kedudukan pelajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah di Singapura?”, Masuri S.N. menjawab, “Sekarang, kerana ibu bapa menghantarkan anak-anak mereka ke sekolah-sekolah Inggeris maka dengan sendirinya bahasa Melayu mula menjadi bahasa Kedua. Jadi sekolah-sekolah Melayu yang betul-betul menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantarnya makin berkurangan. Oleh kerana tidak adanya ibu bapa Melayu menghantarkan anak-anaknya ke sekolah Melayu, maka sekolah-sekolah itu bertukar menjadi sekolah Inggeris.” (Lihat, wawancara Salmiah Ismail dengan beliau, “Masuri S.N.: Masa Depan Bahasa dan Sastera Melayu di Singapura”, Dewan Sastera, Mac 1981, muka surat 28 (24-28). Demikian hampir 37 tahun dahulu.
Manage
Reply34w
Ahmad Said Saya paparkan langkah-langkah yang hendak diambil DBP sebagai keutamaan “untuk meletakkan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dan wadah fikiran tinggi?” 
(Sumber: Wawancara DM dengan Haji Abdul Rahim bin Abu Bakar (ARAB), Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Dewan Masyarakat, Mac 1987, muka surat 18-20).
Manage
Reply3w
Ahmad Said Dipaparkan “11 Resolusi Dari Konvensyen Bahasa Kebangsaan” yang diadakan di Universiti Malaya pada pertengahan Julai 1987. (Lihat “Diari Peristiwa”, Mastika, September 1986, muka surat 5).
Manage