Teman fbku sedaerah, Nawawee Mohammad pun tidak terlupa menilai pustaka lama. Melalui “Surat Dari Jebat”, dalam antologi “Dua Alam”, Grup Pemuisi UKM, 1978, cetakan pertama, muka surat 50, dipancarkan tafsiran dan pendirian beliau. Kita ratah dulu kata-kata berapi yang diluahkannya, “adapun demokrasi di sini/…/…/…/mengusut rambut anakpelaut/mengharubiru niat petani/kerana di tengah kota kini/…/sebilah keris hanya perhiasan.” Pada zaman bukan kesultanan (baca merdeka) ini semuanya sudah boleh dipersoalkan. Kerana itulah dilanjutkan beliau, ya, “setelah wira milik individu/…/setiaku tak perlu menunggu/…/…/…/demi Jebat demi Jebat/merajalela istana bumi sendiri.”
ASKAT: Benarlah pendidikan seharusnya menjelmakan peribadi yang terpuji, yang misali, mendukung nilai-nilai yang disanjung tinggi oleh masyarakat. Zaman Melaka, Sultan yang berkuasa mutlak. Bendahara pun tidak sanggup menentang titah, kecuali setakat membuka suara berwasiat, menegaskan banyak pesanan termasuk jangan sekali-kali menafi daulat raja sedang bertakhta di istana puri . Tetapi pemerintahan yang didukung oleh perkiraan undi pun belum pasti mewujudkan keadilan. Lambang kekuasaan, seperti “keris” seharusnya bukan hiasan semata-mata, sebaliknya sebagai suatu perlambangan yang menyerlahkan perlembagaan yang wajib dipatuhi dan dilaksanakan. Kalau yang demikian itu tidak menjadi amalan, penekanan atau kezaliman berleluasa, atau masih ada, bermaknalah kerajaan atau kuasa yang diberi tidak ditadbir atau digunakan secara menepati. Dukungan agar keadaan begitu berterusan sudahlah tidak boleh dipertahankan. Jadi, pada medannya teruskanlah berjuang agar tercapai wawasan murni (?), yang dilambangkan melalui perjuangan (peribadi) Jebat iaitu keadilan, keperwiraan, kebolehan, persahabatan…. Walaupun kesempurnaan bukan diwakili Jebat, ada unsur-unsur utama yang menonjol. Dan yang baik-baiklah sewajarnya memandu arah tuju penambahbaikan.
Sebagai hiasan kutunjukkan ilustrasi dipetik daripada buku Rahman C.M, “Tragedi Akibat Fitnah”, Macmillan Malaysia, 1980, cetakan pertama, muka surat 77.

No comments:
Post a Comment