Kalau hendak dikatakan meresah rasa, memanglah. Pun, mengharukan atau membimbangkan, atau menusuk kalbu, kerana situasi semasa lebih membayangkan kemungkinan semakin banyak isyarat-isyarat kehilangan jati diri yang semenjak merdeka secara berkebangsaan dirancang dan dilaksanakan, tidak putus-putus menjelma, tertonjol terang-terangan. Ini kesan yang disemaikan apabila selesai mendekati karya teman lamaku yang kian tersohor, Malim Ghozali Pk, lewat sajak “Laksamana, kucari akar rasional amanat atau hanya kata-katakah di lirih angin sepanjang zaman”, dalam “Hujan di Limun Pagi”, Seladang Ventures, Disember 2008, cetakan pertama, muka surat 42-43. Yang dibicarakan, laungan lama panglima bahari, “TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA!” kerana “Melayumu merempat di laman sendiri”. Tetapi apabila diulang-ulangkan Malim, “…amanatmu atau hanya kata-katakah/…./sepanjang zaman sepanjang zaman.” Maka jadilah sajak ini satu luahan kecewa yang wajar diwarwar kerana bangsa Melayu belum lagi mengotakan kata-kata, bahkan sekadar mengujar-ujar, sedangkan sudah bebas menentu wawasan.
ASKAT: Saya petik dari Hikayat Hang Tuah: “Maka negeri Melaka pun sentosalah sebab Bendahara dan Laksamana memeliharakan.” (muka surat 414, DBP, 1986, cetakan ketiga). Tentulah ini puncanya atau meminjam kata-kata Malim, “akar rasional amanat”. Bendahara yang mengetuai pentadbiran kerajaan dan Hang Tuah melaksana dan mempertahankan. Unsur-unsur itu masih berkekalan sampai sekarang Perdana Menteri dan para pelaksana terdiri daripada penjawat-penjawat awam, yang dominan. Malim menyebutkan mereka yang diamanahkan itu sampai mencapai angka 90%-99%. Tetapi kenapa timbul kebimbangan ataukah sengaja digembar-gembur persoalan? Aku kira beliau tidak bermimpi kerana hakikatnya kita lebih berdegar-degar, terutama pada permulaan dan lantas sewenang-wenang, bergelumang dengan kedangkalan dan dikaburi habuan yang bukan matlamat idaman perlembagaan. Bahawa, ada kewajipan semua pihak, individu atau kumpulan dalam bentuk rasmi atau bukan. Dan ini, dituntut sekarang!.

No comments:
Post a Comment