Pantulan 7/14
Saya ada menyimpan sebuah naskhah majalah Bahasa, Jilid 1, No. 1 Disember 1973, Edisi Baru keluaran Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM).
Rupa-rupanya ada tiga buah sajak teman fbku Sajak Wan A. Rafar (WanRafar Ishak) termuat di dalamnya tetapi aku sukakan “Panas Pun Turun – Sebuah Requim”. Sajak ini sudah berusia 40 tahun. Jelas sekali penyair muda ini berbicara tentang dunia lain, dunia selepas mati. Kata Wan, “kau di sana menanti terangkatnya hari/di tengah angkasa, di tengah padang tak bertepi”.
ASKAT: Saya merujuk buku Rachmat Taufiq Hidayat, “Khazanah Istilah Al-Quran”, Penerbit Mizan, 1989, cetakan pertama di bawah entri “Ākhirah” dan banyaklah ayat-ayat Al-Quran menyentuh dunia abadi itu. Kerana ceteknya ilmu, baiklah saya menyalin sahaja, “Untuk menunjukkan ākhirah, kadang-kadang dipakai juga ungkapan dār al-ākhirah (tempat tinggal yang terakhir): … dār al-qarar (tempat tinggal yang kekal): …atau yaum al-ākhir, yakni hari akhir atau hari sesudah dunia berakhir yang didahului dengan musnahnya alam semesta ini berikut dengan segenap penghuninya. Dan iman kepada hari akhir merupakan sendi kelima dari arkan al-īmān ….”.
Al-Quran memberikan perhatian yang khusus terhadap hari akhir dengan senantiasa menempatkannya di belakang ungkapan beriman kepada Allāh … Juga banyak sekali ayat Al-Quran yang menerangkan tentang hari akhir (yaum al-ākhir) dengan nama-nama yang berlainan, yang masing-masing nama itu menunjukkan pengertian apa yang akan terjadi pada hari itu, …” (lihat muka surat 16)
— at Majalah Bahasa, Disember 1973.Saya ada menyimpan sebuah naskhah majalah Bahasa, Jilid 1, No. 1 Disember 1973, Edisi Baru keluaran Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM).
Rupa-rupanya ada tiga buah sajak teman fbku Sajak Wan A. Rafar (WanRafar Ishak) termuat di dalamnya tetapi aku sukakan “Panas Pun Turun – Sebuah Requim”. Sajak ini sudah berusia 40 tahun. Jelas sekali penyair muda ini berbicara tentang dunia lain, dunia selepas mati. Kata Wan, “kau di sana menanti terangkatnya hari/di tengah angkasa, di tengah padang tak bertepi”.
ASKAT: Saya merujuk buku Rachmat Taufiq Hidayat, “Khazanah Istilah Al-Quran”, Penerbit Mizan, 1989, cetakan pertama di bawah entri “Ākhirah” dan banyaklah ayat-ayat Al-Quran menyentuh dunia abadi itu. Kerana ceteknya ilmu, baiklah saya menyalin sahaja, “Untuk menunjukkan ākhirah, kadang-kadang dipakai juga ungkapan dār al-ākhirah (tempat tinggal yang terakhir): … dār al-qarar (tempat tinggal yang kekal): …atau yaum al-ākhir, yakni hari akhir atau hari sesudah dunia berakhir yang didahului dengan musnahnya alam semesta ini berikut dengan segenap penghuninya. Dan iman kepada hari akhir merupakan sendi kelima dari arkan al-īmān ….”.
Al-Quran memberikan perhatian yang khusus terhadap hari akhir dengan senantiasa menempatkannya di belakang ungkapan beriman kepada Allāh … Juga banyak sekali ayat Al-Quran yang menerangkan tentang hari akhir (yaum al-ākhir) dengan nama-nama yang berlainan, yang masing-masing nama itu menunjukkan pengertian apa yang akan terjadi pada hari itu, …” (lihat muka surat 16)
No comments:
Post a Comment