Pantulan 9/14
Pengarang serba boleh, M. Ashikin, bersajak dalam samar-samar cahaya “Bulan Di Ranting Kehilangan Diri”, Mastika, Oktober 1985, muka surat 70. Ungkapan-ungkapan yang berserakan diselindungi awan kelabu menuntut penelitian lebih dari sejenak. Saya mohon maaf kepada teman fbku, Mohd Mansor Abdullah untuk tidak memantul dalam konteks keseluruhan karya ini. Lantaran itu terpulanglah kepada teman-teman lain mencungkilnya sendiri supaya lebih terbuka makna yang penciptanya benar-benar menumpu. Untuk pantulan kecil, aku hanya mahu memetik, “sambil membelek-belek kesetiaan yang robek/akibat kemegahan takbur yang merajalela/menegakkan tugu kepura-puraan berkrikil tajam itu.” Ya! tidak lebih dari itu.
ASKAT: Sungguh porak-peranda suasana dan peristiwa-peristiwa kehidupan di dunia. Hubungan antara pihak-pihak yang wujud mewarnai wajah buana sangat rapuh kerana jelas tanpa “kesetiaan” matlamat yang ditujui mereka pasti tergugat. Tidak mungkin akan berterusan dihormati, apalagi setelah berada di tempat tinggi, jika manusia tidak mampu mengawal sifat-sifat gelojoh atau serakah yang dibenci, yang selamanya terbukti menimbulkan kerenggangan di kalangan mereka yang saling memerlukan (dengan alasan-alasan khusus masing-masing). Tiga kalimat inipun cukup untuk kita memperingatkan diri bahawa kehidupan dunia bukanlah sesuatu perjalanan yang ditempuh tanpa cucukan ranjaunya. Diakui, apa pun yang dihajati menuntut usaha yang bersungguh-sungguh ke arah mendakapinya. Kalau kita ingin mencapai taraf terhormat, kenalah ada kedudukan dalam masyarakat, berkhidmat kepada semua peringkat, bersandarkan sifat-sifat terpuji yang diakui rakyat. Masyarakat tentu tidak rela menyanjung seseorang pemimpin yang tidak bermoral, yang bongkak, yang palsu, yang mencemarkan martabat manusia. Itulah sebabnya sangat penting seseorang memiliki integriti. Tiada ganti. Kejayaan seharusnya berlandaskan sifat-sifat peribadi yang luhur. Dengan cara begini dukungan para pengikut tidaklah kerana mereka diperdaya oleh muslihat, kekaburaan, ketidakjujuran, ‘telunjuk lurus kelingking berkait’ dan seumpamanya.
Kalau hampir 30 tahun dahulu senario itu wujud, barangkali kemajuan yang kita capai tidaklah betul-betul terpuji kerana suasana yang hodoh tetap menyeringai, mengancam tamadun manusiawi masa kini.
— at Mastika, Oktober 1985.

No comments:
Post a Comment