Pantulan 10/14
Aku tidak pernah bertandang ke kampung temanku ini tetapi kerana diperikan damai, nyaman dan indah maka aku yakinlah, terutama kerana kampungku, yang menjelma dalam kenanganku, memang demikian. Jadi, apabila Ami Masra bersajak “Seindah Namamu Kampungku”, Mastika Disember 1983, muka surat 57, tertariklah aku secara naturalnya. Beliau mengutamakan “petani”, terlihat pula “gadis/berlenggang pulang”, “si ibu tua”, yang “menunggu rindu”. “kampungku/yang melambai rindu” itu sentiasa “mengukir mimpi”, ada “permatang”, dan “… padimu//menguning emas”. Di sini mengalir “sungaiku” yang “membasuh diri” telah terbukti sekian hari tetap berbakti dengan “sesejuk airmu”. Satu gambaran terang tentang wajah tempat kelahiran nenek moyang, dan juga generasi yang telah kini sudah matang; mengambil kira gubahan ini sudah berusia 30 tahun silam. Betapa menawan, sejarah terakam memancutkan kesegaran suatu dunia yang kian menghilang, dalam realiti mutakhir!
Aku percaya ini sebuah sajak yang wajib disimpan oleh ‘uda dan dara’ yang di perantauan, agar mudah ditelek “disetiap sepiku”. Semuanya ada selengkap ramuan, untuk tidak dilupakan, membelai perasaan, walaupun mereka telah berjaya dalam kehidupan di tempat orang (dan kini terus menjalani penghidupan tanpa teringin pulang menetap) apalagi bagi mereka yang terumbang-ambing bertatih mencari rezeki nasi sepinggan, meninggalkan kampung halaman, yang tidak terlalu membuka ruang-ruang sumber mata pencarian. Yang seangkatan denganku tiada perlu merujuk kepustakaan kerana kata-kata, kalimat-kalimat, ungkapan/ungkapan, keseluruhan puisi mencakupi, berpadanan dengan kerangka litupan penciptanya.
ASKAT: Adakah satu tragedi, kita tiada mewarisi lagi? Aku lihat bendang sudah jadi tapak bangunan (Ahh, hilang sudah ikan haruan, puyu, sepat, tembila, kerbau berkubang); anak-anak yang mampu sudah tiada lagi berumah atap bemban (berpagar tidak mengenali jiran-jiran) beralih bertaman memenuhi padang tempat lembu mengembuh; sungai yang dahulu mengeratkan hubungan muda-mudi sebaya, kini sarat dengan buangan (bulan dan bintang tidak menyinari, terlindung dari pangkalan di tebingnya yang berhutan). Aku pun simpati mendalam melihat “si ibu tua” yang barangkali menyimpan cerita lama tiadakan lagi serupa dengan tergambar dalam ingatan cucu-cucunya yang membesar dan dewasa di kota.
— at Mastika, Disember 1983.

No comments:
Post a Comment