Satu lagu kumpulan El-Surraya
Medan yang paling popular ialah Selimut Putih
nyanyian Asmidar Darwis. Saya teringat lagu itu apabila terbaca sajak Ismail
Khamis, Johor Bahru dalam Warta Jabatan Agama
Johor bilangan 202, Julai 1970 muka surat 23 seperti berikut:
“Ilmu dan Amalan
Bila menyebut sebuah kematian
Bila Izrail datang memanggil
Seluruh tubuh menggigil
Sekujur badan di pembaringan.
Tika itu tak guna segala harta
Sanak saudara dan wang berjuta
Hanya amalan dan ilmu sebagai teman
Mengiringi abadi dalam tubuh yang beriman.
Dari timbunan harta dan pangkat-pangkat yang agung
Hanya selembar kain putih yang digulung.”
Saya
tidak dapat mengingat lagi bilakah Selimut
Putih mula dicipta, mungkin lewat 1960-an! Bagaimanapun liriknya yang masih saya ingat adalah
seperti berikut:
Selimut Putih
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan ‘kan kedinginan
Tak ada lagi guna harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalah ada amal di dunia
Itulah hanya pembela
kita
Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sadarlah diri tahu di untung
Sebelum masa keranda diusung
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan ‘kan kedinginan
Sekian
dicatatkan untuk makluman.
No comments:
Post a Comment