Pantulan 35/14
Tokoh gigih ini muncul mendahului, menyinari laluan pengamatan bahan-bahan koleksiku, berupa sajak berinti murni, “Keberangkatan”, Utusan Kiblat, Mei 1982, muka surat 9, mencungkil kisah-kisah al-Quran yang penuh berperistiwa, menyentuh jiwa, sampai bebila. Cerita-cerita kemungkaran manusia dan keyakinan mereka boleh terselamat dari bala Yang Maha Berkuasa, merapuh seperti kaca akhirnya. Demikian lama telah terjadi dan sudah abadi dalam Kitab Suci, siapapun yang mengingkari akan tetap menerima padah teramat ngeri. Dan alangkah berfaedah membaca sejarah kerana ternyata, “benarlah manusia, kebaikan bukanlah ajakan yang memikat/kebenaran telah mereka luputkan/memuja mungkar itu lebih nikmat”. Sedutan ini merangkumi pemikiran Norhisham Mustafa dan sekali gus memberi bakti. Kita seharusnya mensyukuri.
ASKAT: Anehkah, sampai sekarang pun, kemungkaran tetap berlaku? Dan yang malangnya, demikian berterusan berlaku dalam keadaan kita sudah tahu, sering pula diberitahu, berulang-ulang akibat-akibatnya yang bakal menimpa, sebagai balasan kerana tidak taat mematuhi suruhan. Ya, lebih ramai yang lebih suka memilih larangan. Sedangkan, yang kita tahu, kesementaraan tiada sama dengan keabadian; hakikatnya nafas kita akan terputus lupus. Tetapi kita bakal bangkit lagi, tidak mati, tidak boleh lari bersembunyi. Hari Pembalasan benar ada. Dalam al-Fatihah, banyak sekali kita ulangi menyebutnya! — at Utusan Kiblat, Mei 1982

No comments:
Post a Comment