Pantulan 33/14
Dalam “Daiges Malaysia”, Februari 1986, muka surat 47, muncul sajak teman fbku yang lama tak dirai, Zaen Kasturi, “Monolog ‘I’. Kutahankan diri dari memetik, ringkasnya sudah cantik, membacanya di hati terdetik dan asyik. Begitulah, kalau tema yang digarap, pembacapun boleh seiring menyerap dan berhasrat menggilap mana yang berkarat. Apapun, aku tertawan oleh, “bilakah bahteramu akan kembali”. Pengharapan tahap maksimum, bergantung kepada inisiatif diri sendiri.
ASKAT: Ada kemerosotan pegangan setelah lama tanpa penghayatan. Ada keperluan memperbaharui, dan hakikat kerap terbukti bahawa iman ada pasang surutnya. Pengukuhan bukannya mudah tetapi tekad baru harus ditanam dan dibajai supaya pengakhirannya adalah yang diredhai. — at Daiges Malaysia, Februari 1986.

No comments:
Post a Comment