Pantulan 32/14
Dari segi semangat, nampaknya masyarakat belum banyak berubah, sedangkan kalau tahun 1970 dijadikan penyukatnya, 44 tahun sudah kita menghirup suasana, perutusan sajak ini dahulu sudah mencukupi untuk menimbulkan rangsangan dan jadilah mesejnya …. kini langka (?) ….. Maknanya, tidak perlu sajak-sajak lain dicipta mencoret mesej atau tema yang sama; sebab kita pada hakikatnya sudah dalam abad baru yang muda, generasi dahulu telah pergi, atau menua dan diganti pelapis yang kuat kuasa kudanya! ‘Malangnya’, lakaran karyawan ini tetap malar dan segar-bugar. Semasa. Ini benar kalau kita baca semula karya teman fbku Ahmad Sarju, “Dalam Diri Bangsaku”, DIAN, bilangan 63, Tahun XII, 1973, muka surat 95. Ya! Kerana kita belum berjaya di menara, bahkan dalam sebahagiannya tetap tercorot hina menjalani kehidupan di dunia, maka yang dinukilkan penyajak yang sudah terpahat nama ini harus terpakai: “kerana di hadapanmu ada padang perlumbaan/yang harus diharungi dengan kecekapan/dan berani meneguk kepahitan.” Sajak ini mudah, namun pembaca marhaen pasti lebih memperoleh faedah mental tersembunyi, jika diperjelas intipatinya seperti seorang guru mengajar di sekolah. Tiap-tiap sepatah perkataan, kalimat dan keseluruhannya boleh dikembangkan demi impak maksimum, yang kalau tidak, akan terus terbenam ditindih helaian ciptaan yang menyusuli.
ASKAT: Ataukah mereka ini tidak sesuai dirayu, digesa? Jika benar, haruskah dipaksa, disuap, dibiarkan melara? Sejarah mencatat hampir semuanya yang perlu diketahui dan diteladani atau disempadani. Belum semuakah kita membaca mengkaji dan sedar sendiri? Barangkali warwaran tidak boleh terhenti, siapapun yang memegang tali kemudi.
Nota: Sajak ini termuat juga dalam kumpulan sajak Ahmad Sarju, “Bunga Waktu”, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, cetakan pertama, muka surat 49. — at DIAN, Bil. 63, Tahun XII, 1973.

No comments:
Post a Comment