Pantulan 21/14
Lazimnya, temanku ini menggunakan nama M. Ashikin, bila bersajak, tetapi uniknya kali ini, nama lain pula, Mansor Abdullah, bukan nama penuh. Kalaulah penyair ini,Mohd Mansor Abdullah kupohon maaf dahulu kerana mengagak-agak, dengan lebih keyakinan bahawa beliau itu personaliti yang terkenal di tanahair, tiada duanya. Dengan judul “Siapakah Di Antara Kita Pura-pura”, Sarina, November 1979, muka surat 83, tergambarlah derita seorang karyawan, “seniman”. Tentulah ber”pura-pura” sifatnya, kalau “menyanyi penuh keriangan/sekalipun tangan itu mengelap peluh darah”. Pada tanggapan beliau, “itulah para seniman, abdi seni/sepanjang zaman”. Demikiankah?
ASKAT: Kalau akulah, sesuatu yang dilakukan dengan kerelaan sendiri, kuyakini akan mengganjarkan kepuasan. Kepuasan ini boleh jadi amat tinggi kerana komitmen terhadap kerja yang dipilih itu, habis-habisan, sempurna jadi dan bermutu hasilnya. Bukan lagi tanggungjawab kita hendak menentukan adakah karya itu disambut baik atau sebaliknya oleh khalayak. Aku percaya, penglibatan semampu tenaga, ilmu, dan masa yang terluang lebih cenderung bernatijah positif dan lantaran itu secara langsung (bukan lagi tidak langsung) akan membangkitkan penelitian, penghayatan, penghargaan, dan pengiktirafan, lambat-launnya. Yang sudah banyak terbukti, ada penulis yang begitu gigih, dan lama-lama terkenallah ia, lalu menikmati habuan, yang barangkali bukan matlamat asal atau utama penceburan. Kalau bukan sebab ganjaran pun seseorang berterusan menulis, berkarya dan terus pula meningkat mutu karyanya, aku pun akan berdoa semoga beliau diimbuh sampai bahagialah kehidupannya. Dan hebatnya seniman, masa hadapannya sudah terbukti abadi dipelihara oleh karya-karya yang terbukti berseni serba-serbi. — at Sarina, November 1979.

No comments:
Post a Comment