Pantulan 28/14
Sajak yang berisi atau berbuah bukan pula mudah digubah. Itu sebab kita tidak sering ketemu yang begitu. Pendek atau panjang kalimatan atau rangkapan tidak jadi asas mengukurnya. Memang kerap boleh dibaca sajak yang panjang berjela(-jela) tetapi tidak tertawan hati kita, lalu meletus bosan serta-merta. Beruntunglah, ada yang dalam keringkasan patah-patah kata-katanya, kita teruja mengamati, mengunyah-ngunyahi berahi disebabkan mencuit rasa nurani. Dan sajak nukilan karyawan cekalan, Norhisham Mustafa, “Hanya Nama itu”, Utusan Kiblat, Disember 1972, muka surat 27 tidak terkecuali, termasuk dalam kategori berjaya mengilhami manusiawi. Kehadiran Tuhan Yang Maha Besar pada semua ketika, terlibat dalam semua ehwal, tanpa insan dapat terlepas dari-Nya. Begitu juga makhluk-makhluk lain - unggas mergastua dan lain-lain yang bernyawa tidak terlindung dari kudrat-Nya. Yang aku senang sekali, apabila Norhisham, menggemblengkan alam dan isinya – “pepohonan”, “burung-burung bersiul” , “kupu-kupu” menikmati “madu” , “ikan-ikan bernyanyi”, “berselamanlah”, “ke kali”. Diperkukuhi beliau lagi dengan, “fakir-fakir yang rindu”, “insan-insan yang sunyi”. Maka, jelaslah betapa berkuasa Tuhan kita, betapa indahnya dunia, betapa tersentuhnya jiwa kita oleh ke’setia”an-Nya.
ASKAT: Tidaklah tersasar, kalau saya petik maksud Ilahi, “Maka karunia manakah dari Tuhanmu,/Yang kamu (manusia) dan kamu (jin) dustakan?” (H.B. Jassin, , Bacaan Mulia, Ar-Rahmān, ayat 13, muka surat 749). Dan kalau dirujuki makna-makna Asmaul Husna maka tiadalah lagi kita akan bangga diri kerana jelas benar hinanya kita selaku hamba-Nya, sedangpun kita di bumi. Tentulah di akhirat nanti kita mengharapkan kebaikan dari limpahan rahmat-Nya jua. Adalah kewajaran yang berkekalan, bahawa sajak dengan sendirinya harus membangkitkan rasa kekerdilan diri, sekali gus menjurus langkahan-langkahan maknawi di kalangan pemberahi. Temanku telah beribadah dengan luahan rasa murni. — at Utusan Kiblat, Disember 1972.

No comments:
Post a Comment