Pantulan 24/14
Bagaimana kita hendak mengutarakan gambaran atau fenomena alam yang diporakperandakan oleh insan sendiri secara berseni? Sahabat lamaku yang gah namanya, Malim Ghozali Pk, tahu melakukan. Sungguh-sungguh mahir ia, seperti ditonjolkan melalui sajak “Suatu Malam Langit Pun Terbelah Dua”, Mastika, Disember 1990, muka surat 38. Kalau hendak mengutip ‘seni’ ia berlambak-lambak, dari kata pertama sampai akhirnya. Rangkap pertama sahajapun cukup menimbulkan ‘rasa’ dan itu sudah satu ganjaran bagiku kerana tergerak mengamatinya. Aku mengonkong nafsu rakus hendak memetik, kecuali teramat sikit, seperti, “telah terkunci siul girang saban petang”; “padang pasir dan segara bercumbu/setelah sekian zaman beradu”. Banyak lagi, melimpah-ruah tetapi silalah telaah dan teruskan melapah.
ASKAT: Malim telah mengatakan, “kalian yang memilih antara perut dan hari depan” dan seakan pasti tokoh kita ini akan hakikat akhir kerana dia tidaklah bertangguh-tangguh sebaliknya menyerbu dan meluapkan, “tinggallah semuanya”. Tidak lain sebab dilakukan demikian, kecuali mengisyaratkan bahawa masalah atau proses pemusnahan alam tidak lagi mampu disekat atau diatasi. Dan tiada pilihan untuk kita. Kita kena sehati dengan penyair peka ini; bahawa kemewahanlah yang dikejar oleh manusia, dan mereka tidak lagi takut angkara menjamu nafsu itu melelapkan mereka daripada tindakan serakah yang pasti berakhir dengan kehancuran. Bukan mereka sahaja. Termasuk kita, sama-sama sedang dan bakal menderita. — at Mastika, Disember 1990.

No comments:
Post a Comment