Pantulan 20/14
Teman tersohor, Siti Zaleha M. Hashim, semenjak dahulu lagi membaca fakta kehidupan di dunia. Dicalitnya realiti dengan sajak bererti, “Adik Comel Anak Siapa”, Sarina, Julai 1978, muka surat 102-103. Ternampak gambaran yang saling bertentangan yang sengaja ditonjolkan. Kata Siti, “kuriba sentosamu/yang masih belum bertemu ragu” dengan hakiki yang sedang dialami, “dunia ini adik/bukan padang untuk bermain”. (muka surat 103)
ASKAT: Selalu benarlah kita melihat dan merasai hakikat hidup. Ketika kecil, yang lazim semuanya seakan indah-indah belaka. Tetapi juga, ada yang mengalami yang sebaliknya pula. Dunia remaja, dewasa berlainan pula. Kehidupan yang dilalui ketika usia hingusan bertukar rona dan jadilah penghidupan sebenar-sebenar perjuangan - terduga, sendat oleh cabaran. Ia boleh jadi indah atau hodoh, atau bercampur-baur, bersilih-ganti, senggang-bersenggang. Ada ketika gembira ria. Pada masa yang lain menderita, tercengkam jiwa oleh gendala beraneka rupa. Aku kira pendidikan dan pengalaman akan mengasuh memadai untuk membijaksanakan seseorang menghadapi cabaran hebat yang memang suatu reaaliti tidak terelakkan. Alangkah bertuah dan bersyukurnya kalau kita dicurahkan nikmat hidup dan melayari bahtera usia tanpa berpayah-alah dan kalaupun sesekali diuji pancaroba tidak patah hati kerana ketawakalan diri sebati menemani akibat persediaan yang rapi semenjak dari awal-awal lagi.
(Nota: Maaflah salinan sajak sedikit herot kerana keratan yang tidak sempurna). — at Sarina, Julai 1978

No comments:
Post a Comment