Pantulan 17/14
Sebuah lagi sajak teman fbku WanRafar Ishak (Wan A. Rafar), berjudul “Rumahtangga”, Dewan Sastera, Januari 1976, muka surat 50, menonjoli. Karya ini pendek tapi berimpak menyeluruh, menggesa analisis minda rasional. Ada ambiguiti yang mengindahkan dan mendukung sajak ini menjadi sebuah hasil yang berjaya. Dari segi judul, ia memfokus kepada institusi “rumahtangga” atau asas pembangunan keluarga iaitu melalui perkahwinan, suatu kemestian manusia sejak azali. Ternyata, amalan ini sudah tidak mengikat lagi ahli-ahli masyarakat “dan hidup manis masa lalu di sini” malangnya “hanya tinggal mimpi”. Sedihnya, walaupun disedari “kami sesat jalan ….”, berterusan dibiarkan begitu kerana “kami milik masa depan”. Betapa mengejutkan, satu pendirian mengharukan, tidak dikesali. Manusia sanggup memilih jalan lintang-pukang begitu demi menyesuaikan tuntutan keadaan (?). Kejahilanlah menjadi pedoman mengharungi gelagat duniawi. Inilah yang Wan hendak gambarkan, suasana alam akhir zaman.
ASKAT: Sentiasa kita diingatkan supaya bersedia menghadapi masa depan. Masa depan, malangnya tidak boleh diramalkan secara benar, kerana faktor-faktor penentunya di luar kawalan manusia. Pun begitu, tidak pula menyebabkan kita harus berlepas tangan, menyerah kepada arus perubahan zaman. Dengan akal, pengetahuan, pengalaman maka manusia sewajarnya mampu menangani sehingga apa yang seharusnya berlaku tetap berlaku mengikut kewajaran atau logiknya. Maknanya sikap berpeluk tubuh, menerima kekalahan, bergantung kepada nasib tidaklah menjadi sikap yang betul menjalani kehidupan sementara ini. Ini lagi-lagi benar terhadap sesuatu yang kita akui “sesat” sebab kesesatan tidak pernah memberi ganjaran yang menguntungkan apalagi dalam jangka panjang. Masa depan kita bukan garis penamat kehidupan dunia tetapi selepas itu; kehidupan yang abadi. Ada asas-asas yang harus dipatuhi untuk kebahagiaan hidup yang abadi dan jauh sekali kita diseru daripada hanyut dalam kesesatan. Masa depan kita ialah “hidup selepas mati”. — at Dewan Sastra, Januari 1976.

No comments:
Post a Comment