Pantulan 29/14
Aku tidak tahu berita terkini tentang teman fbku Azmi Yusoff. Semoga beliau sihat-sihat sahaja, insya-Allah. Pun begitu, tidak pula terhenti hasratku memantul tentang kewujudan insan setelah menghayati sajak beliau, “Di Suatu Taakulan”, Al Islam, Januari 1977, muka surat 33. Cukup mudah dan berisi pasrah. Kata Azmi, “… kita akan selamanya teruji/oleh kebesaran dan keagungan Ilahi.”
ASKAT: Kalaulah hendak dibandingkan antara Khalik dengan makhluk, perbezaan yang terserlah dalam semuanya, ya semuanya, tiada akan memberi kesan lain kecuali pengakuan jitu tentang kekerdilan diri. Malangnya, dalam pengakuan mutlak begitu pun, kerelaan untuk terus mengabdi kepada-Nya tidak sentiasa meningkat. Kadang-kadang, dalam usia yang bertambah pun, kejahilan sentiasa menjengah dan terpaksalah berazam semula untuk kembali menyerah. Inilah hakikatnya. Manusia sentiasa menduduki peperiksaan berterusan, tanpa henti. Dan alangkah bertuah dan bersyukurnya kalau ujian wajib ini kita lulusi, pada tingkat cemerlang. — at Al Islam, Januari 1977.

No comments:
Post a Comment