Pantulan 25/14
Sajak kenalan lamaku, hampir 37 tahun tersiar dan tempoh yang lama tidakpun menenggelamkan perutusannya. Karyawan Norhisham Mustafa, melalui “Peribadi”, Dakwah, Jun 1977, muka surat 46 nampaknya gigih dalam menegaskan matlamat hidup. Didorongnya kita dengan, “jangan tak berani melangkah/melukis-peribadi/dengan warna dan warni budi”. Ini tiada lain selain yang dikehendaki iaitu, “kebesaran yang ditinggal di sini/pasti bergema dalam sebutan”. Betapa mulia, betapa murni, betapa unggul. Semua tahu dan tetap menyanjungi orang-orang yang sebegini.
ASKAT: Saya suka merenung dari perspektif manfaat akali; bahawa pendidikan bermaksud membangunkan peribadi agar seseorang menjadi berguna. Bila dada berisi, otak wajarlah dilatih berfikir dengan ilmu pengetahuan yang ditimba di seluruh pelusuk dan sumber. Maka pilihan yang terbuka, selagi masih menghela nafas di mayapada ini sebenarnya tidak ada kecuali bertujuan yang penuh bererti. Manusia akan mendapat faedah; baik diri sendiri, kaum keluarga, rakan taulan, dan lain-lain insan. Orang yang menggunakan minda tidak terfikir pun untuk memusnahkan. Tindakan memporakperandakan tidak selaras dengan kemurnian hasrat atau matlamat pendidikan. Tentulah aneh, seakan tidak masuk akal, jika peperangan, pembunuhan, penganiayaan dan seumpamanya masih tetap berlaku di sebalik peningkatan pendidikan yang berterusan. Apa tidaknya? Bukan rahasia lagi, kerana pelaku-pelaku kehonaran itu adalah manusia yang berpendidikan – tahu membezakan kemudharatan dan yang bukan demikian. Sangatlah beruntung kita kalau setiap orang sedar bahawa penghidupan, dalam kesementaraannya, memberi peluang atau kesempatan untuk kita berbakti atau berjasa. Cara mana hendak dilakukan bergantung kepada diri. Pendidikan, pengalaman, kemahiran akan meluangkan lorongnya dan dengan naluri yang ada bertekadlah menyahut seruan, yang tidak boleh lain daripada mengajak berbuat lantas meninggalkan kesan yang baik-baik. Dengan demikian, pada alam fana kita berbakti, nama pun harum, dikenangi. Pada alam berikutnya, janji-Nya sentiasa benar dan bekalnya tiadalah yang lain selain apa yang telah ditaburi semasa kita masih berada di sini. — at Dakwah, Jun 1977.

No comments:
Post a Comment