Pantulan 18/14
Ketika masih muda remaja, belum lagi mencapai usia 22 tahun, teman fbku, Ahmad Sarju bersajak memerikan majlis peminangan dan kemudiannya, pengharapan pasangan menunggu ikatan perkahwinan. Benarlah “Sireh Pinang” tidak lagi menjadi bahan utama membawa hasrat teruna kepada ayahanda bonda dara tercinta. Tetapi semangat adat atau amalan itu terserlah melalui sajak ini, “Dijunjung datang disambut hajat/dulang berukir tepak peminangan/persudikan santap sirih beradat/pusaka bangsa zaman berzaman”. (Lihat Dewan Masharakat, Februari 1965, muka surat 47. Juga tersiar dalam “Bunga Waktu”, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, cetakan pertama, muka surat 3 dan “Di Penjuru Matamu”, Utusan Publications, 1981, cetakan kesebelas, muka surat 8-9)
(Nota; Ada sedikit kelainan pada dua kalimat terakhir sajak yang termuat dalam “Bunga Waktu” iaitu “Ah, semusim cuma dinanti/gunung dikejar ke manakah lari.”) Diperhatikan perkataan “yang”, dan tanda “?” digugurkan! Juga, perkataan “manakah” berganti “manakan”.
ASKAT: Berpantun berseloka sudah amat jarang dalam majlis-majlis peminangan tetapi kebiasaan lama ini bukan tidak boleh diteruskan. Kalaupun, bingkisan yang dibawa pada zaman baru ini tidak lagi mengandungi sirih pinang, madah kata yang baik masih dikekalkan atau diubahsuaikan mengiringi hantaran yang dibawa dan dibalas oleh kedua-dua pihak. Barangkali bentuk sajak agak ‘berat’ untuk menyerikan majlis yang demikian tetapi pantun tetap sesuai sebagai perencah kepada perundingan yang terlibat. Pengalaman menunjukkan penggunaan pantun boleh menceriakan suasana, apalagi kalau secara sedar diaturkan lebih awal oleh kedua-dua pihak. Hakikat kini, urusan merisik dan peminangan/pertunangan bukan lagi meninjau kemungkinan kesediaan pihak dara, bahkan lebih sebagai langkah perlu yang harus dibuat, walaupun keluarganya telah menyatakan keizinan atau persetujuan menerima lamaran. — at Dewan Masharakat, Februari 1965

No comments:
Post a Comment