Pantulan 26/14
Sebelah petang pun tidak berkurangan kesannya kerana tertancap juga maknawi karyawani. Suasana senja menemaniku mengunyah madah tergubah, bertatah indah mendakwah. Kutambahi, sekali gus mudah. Demikianlah, kali pertama kutemui sajak teman fbku, Sabariah Bahari, berjudul “Malam Adalah Sebuah Kedamaian”, Dakwah, September 1994, muka surat 53. Mudah sahaja untuk kita memahami kekesalan yang mengepit jiwa bagi seseorang hamba yang “ditusuk sembilu alpa”. Malam yang menghujung mujurlah telah “mengubati rinduku/dan aku kembali ke sisiMu”. Ketulusan cinta yang sejati insani menuntut pengabdian yang tanpa tepi, “dan titik air mengelunsur dari/mata insaf.” Ya! Walau pendek dilarik, ia cantik dan membetik. Biarlah malam menjelang segera dan hirupilah lagi dalam sunyi sendiri.
ASKAT: Dua dekad telah melambai pergi ditelan peristiwa selang berselang. Tetapi, asalkan terbukti baik yang diwariskan, pasti tetap tidak tenggelam. Apalagi kalau yang kita nukilkan ialah suara hati yang bersih murni kepada Rabbul ‘Alamin. Kita, insan yang sebenarnya lemah. Malangnya hakikat ini tidak mudah dipahatkan ke dada untuk menjadi tangkal yang sentiasa menjaga diri, mengelakkan kegelinciran ketika menuju dunia abadi. Bersyukurlah, kalau kita dapat kembali ke jalan yang lurus seperti yang selalu kita doakan lima kali sehari semalam. Sekali tersedar, berharaplah kita tidak ber’paling’ lagi. Ya, hanya tinggal beberapa tapak lagi. — at Dakwah, September 1994

No comments:
Post a Comment