Banyak sekali aku membeli buku dalam jangkamasa hampir seminggu kebelakangan ini. Ya, benar. Begitu juga, merata-luas tinjauanku mengenai tajuk-tajuk buku di toko buku berunsur ilmu, buku-buku lama dan baru, semuanya bermutu. Tersedarlahselalu dan tahulah betapa sedikit ilmuku, betapa sempit liputan bacaanku, betapa melukutnya aku berbanding dengan ribuan karyawan yang lain, yang buku-buku mereka kupegang tilik, kubelek-belek, kubeli atau baca tema perbicaraannya, sebahagian dengan asyik terlupa waktu berlalu. Memanglah tidak semua buku jadi kubeli, memikirkan tempat penyimpanannya yang sudah tiada tersedia lagi, muatan saku pun mempengaruhi. Sentiasalah aku ini memikirkan sudah banyak sekali kuhimpunkan pelbagai bahan bacaan, dengan ingatan untuk kubaca bila masa lapang datang menjelang! Kemudian jadi karyawan …. ahai malang!
Dalam keadaan begini melintas sajak teman fbku, Rahimidin Zahari, “Doa Puisi Si Fakir”, Dewan Sastera, Januari 2004, muka surat 37. Anak kampung ini telah mulai menghargai dunia kebukuan kerana berhasil mengaut faedah yang terang; mindanya terbuka menerawang, hasil pembacaan, yang diakui sendiri belum sangat boleh dibanggakan (sungguhpun “…beribu buku/yang kubuka dan tekuni”). Tetapi kita tahu penyajak ini bersyukur benar dengan pendedahan yang nampaknya tiada akan berkesudahan, bahkan bakal bertambah lagi. Melalui penguasaan bahasa, Arab dan Inggeris, bertambah luas alam maya ini akan diterokai. Kini dia sudah mengenali Iqbal, Arabi, Usman, Baha, Latiff, Muhammad, Sapardi, Goenawan Jalaludin Rumi, Ibn Khaldun, Frost, Neruda, Paz, Marquez, Brodsky , Walcott, Oe dan Gao Xinjian. Ada kata-kata Rahimidin, “Aku harus keluar dari serkup kampungku:/bintang memang di angkasa/dan aku ingin menjadi salah satu/daripada bintang itu,” Pengetahuan yang digali melalui pembacaan itu telah membantunya berkarya. Pun demikian, beliau merendah diri, mengetahui di mana tempat sebenar berdiri, seperti katanya, “aku hanya setitik dakwat/terjatuh di lembaran kertas”. Penyajak ini sudah sampai ke titik persinggahan yang belum muktamad kerana ia tertanya-tanya, “Ke mana harus kupergi kini/kalau tidak berpaling ke kampungku.” Tanpa diberi jawapan pun, arah tuju sudah pasti tidak merugikan beliau. Pastilah destinasinya jauh dari lingkaran “serkup” yang masih banyak melindungi orang lain.
ASKAT: Dari salah sebuah buku yang kubeli tadi kubaca profil seorang penulisnya. Beliau, kebetulan, kukenali, telah bersara seadanya. Tiba-tiba, pada usia 67 tahun (2006), dia menulis tiga buah buku dalam setahun dan bekerjasama menyelenggarakan sebuah buku lagi (2011). Boleh jadi, ada tulisan lain dihasilkan beliau, di luar pengetahuanku. Mungkin, sudah bertambah buku-buku beliau, kerana kesihatan beliau kelihatan tidak terganggu. Bagaimanakah aku?
“Suara Kita” Bahagian 1
Saya meninjau sepintas lalu, “Suara Kita Antologi Seribu Sajak Merdeka” (2013) dan mendapati sajak-sajak teman-teman fbku yang termuat berjumlah 35, karya 10 orang iaitu Ahmad Sarju (3), Ismail Restu (2), M. Ashikin (4) [Mohd Mansor Abdullah], Mohd Dahri Zakaria (1), M Sabri Ibrahim (Mohd Sabri Ibrahim](6)*,Nawawee Mohammad (4), Talib Samat (6), Wan A Rafar [WanRafar Ishak] (1),Zabidin Hj Ismail (5) dan Zurinah Hassan (3). Ini bermakna sumbangan mereka dari segi bilangan adalah 3.5% daripada keseluruhan. Kalau dikategorikan mereka dalam kelompok penulis, bilangan sajak sumbangan mereka berupa 8.8% daripada sumbangan kelompok tersebut. Di kalangan teman ini yang paling plolifik ialah Talib Samat dengan 6 sajak. Kepada mereka kuucapkan tahniah.
Terkeluar dari teman-teman fbku, aku perhatikan penyumbang paling banyak dalam antologi ini ialah Sabariah Bahari dengan 9 sajak. Tiga orang menyumbang lapan sajak masing-masingnya iaitu Ramli Daud, Solihin Osman dan Kang Raden Mas. Seorang lagi, Jamy menyumbang 7 sajak.
*Teman fbku menggunakan nama Mohd Sabri Ibrahim dalam laman Fb beliau. Jika “M Sabri Ibrahim” bukan beliau, saya memohon maaf dan minta ditegur jua

“Suara Kita” Bahagian 2
Ku cungkil antologi tebal berisi sajak berjumlah seribu. Ku aturkan begini dahulu, setakat yang mengenai sahabat mayaku.
Ahmad Sarju (Hati Siapa Tak Terharu, Kembalikanlah, Kemerdekaan Ke-50); Ismail Restu (31 Ogos 1957, Doa dan Harapan); [Mohd Mohd Sabri Ibrahim] M. Sabri Ibrahim (Hj) (Alam Mengajar Kelembutan, Berpaut di Wajah Rindu, Bahagia Bersama, Kemerdekaan, Perisytiharan Cinta, Klasik Cinta RM); Mohd Dahri Zakaria(Rekonstruktif Anak Merdeka); [Mohd Mohd Mansor Abdullah] M Ashikin (Dato’ Dr Hj) (Anak-anak Lepas Merdeka, Hadiah Kemerdekaan Papa, Siapa Sebenarnya Merdeka, Tidak Semudah Itu); Nawawee Mohammad (31 Salam Sajak, Setelah Dia Tiada, Setelah Kota Bharu, Setelah P.Ramlee); Sabariah Bahari (Hjh) (Cinta Generasi Anak Pasca Merdeka, Cinta Tumpah di Tanah Tercinta, Di Pelayaran Ini, Epilog Sebuah Perjalanan, Janji Bangsa Merdeka, Kitalah Anak Merdeka, Pertahankan Keamanan Ini, Suara Anak Bangsa, Sumpah Setia Anak Merdeka); Talib Samat (Prof Madya, Dr Hj) (31 Ogos, Bahtera Merdeka, Budi Bahasa Rakyat Kepada Pemimpin, Budi Bahasa Pemimpin Kepada Rakyat, Hebatnya Wanita Harmoni, Pulau Pangkor); [WanRafar WanRafar Ishak] Wan A Rafar (Lagu Kehidupan); Zabidin Haji Zabidin Hj Ismail (Hj) (Bendera Kemerdekaan, Gebang Merdeka, Kemerdekaan Alaf Ini, Kita Serupa, Malaysia Tanah Air Kita); dan Zurinah Hassan (Kemerdekaan, Sebuah Balai Polis di Melaka, Senandung Bunda Kandung).
Sebelas teman fbku menyajak 44 judul yang kalau diadunkan kesemuanya boleh menerbitkan kata-kata kunci seperti merdeka, cinta, suara, harapan, terharu, sumpah dan lain-lain lagi. Kali ini, aku tidak mahu menyentuh bersungguh setiap sajak. Juga, tidak aku mahu membandingkan sajak seorang teman dengan seorang teman yang lain. Tidak juga, mahuku menganalisis kelainan sajak-sajak yang dicipta oleh khusus seorang teman sahaja. Apapun pendekatan, tidaklah tersorok lagi, bahawa “kemerdekaan” adalah sesuatu yang tersangat berharga. Kemerdekaan negara tentulah pula bersangkut rapat dengan kemerdekaan peribadi atau individu atau kelompok setumpu kepentingan. Tanpa kemerdekaan kedaulatan negara tidak wujud. Bangsa hanya memiliki nama asli sekadar untuk dikenali yang darjatnya tidak setaraf dengan bangsa yang menjajah, yang tentulah lebih bertakhta tinggi. Itulah sebab apabila sesebuah negara mencapai kemerdekaan, seluruh anak bangsa akan “terharu”, pejuang-pejuang yang terlibat secara langsung tersentuh jiwanya mengenang pengorbanan besar yang telah dicurahkan demi menggapai “harapan” – boleh berupa tumpahan darah menyiram tanah, air mata diperah seksaan, kehinaan berada di perlembahan, penjara menghalang penularan jati diri kebangsaan, perpisahan akibat nyawa melayang – pendeknya, bila terampas kemerdekaan, harga diri bukan sendiri yang menentukan. Kuasa menjayakan hasrat hati ada di tangan pihak yang lain.
Kebelengguan, sama ada sekejap atau berkurun-kurun lama, tidak akan gagal memercikkan semangat yang mengobar-ngobarkan perjuangan. Tidak lain timbulnya demikian kerana ada “cinta” dalam dada, ada “suara” bisikan sanubari, ada rasa getaran jiwa, mendesak agar semua yang terjajah bingkas berdiri sepenuh hati merealisasikan harapan bangsa yang diperhambakan, menuntut tidak kekal terantai berterusan. Berpunca dari situasi yang penuh dengan ketidak-adilan, kezaliman, keterbiaranlah menjadi subur tekad, mengental “sumpah” keramat agar dimerdekakan cepat. Kemerdekaan yang dicapai tidak semestinya menjamin kesentosaaan. Sentiasa perlu ada kewaspadaan supaya tidak berulang dirundung malang, sama ada kembali semula seperti dahulu kala atau dijajah lagi secara yang berlainan dengan kesan yang kelihatan elok di luar sebaliknya buruk di dalam.